Support my blog by clicking the Ads, TQ

TANGAN YANG MEMBERI LEBIH MULIA DARIPADA TANGAN YANG MENERIMA. SEKECIL MANA SUMBANGAN YANG DI HULURKAN, IA CUKUP BERMAKNA KEPADA SI PENERIMA YANG HIDUP SERBA KEKURANGAN, MALAH ‘BUAH TANGAN’ YANG TIDAK SEBERAPA ITU MAMPU MENERBITKAN SENYUMAN, WALAUPUN CUMA UNTUK SEKETIKA

Search This Blog

Extreme Poverty and Hunger

Thursday, February 2, 2012

Every 5 Seconds

Wednesday, January 25, 2012

kisah nyata azab kubur

Monday, January 23, 2012

TANDA DAJJAL DALAM FILM 2012 - USTADZ IHSAN TANJUNG

Friday, December 30, 2011



As Salam,
Ust Ihsan Tanjung mmberikan ausiahnya dalam mengamati pesan yg terkandung di dalam film dua ribu dua belas rupiah, dimana beliau mengungkapkan ada sisipan konsep yang mengerikan didalam film tersebut dan utamanya tentang Dajjal laknatullah, konsep seperti apakah itu?, lihat sampai habis.

ISU PENGGUNAAN GELATIN BABI DALAM UBAT-UBATAN

Sunday, December 18, 2011

As Salam,
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-8 pada 24 September 1984 berpandangan bahawa penggunaan gelatin dalam ubat pada masa sekarang (1984) adalah diharuskan kerana darurat. Sekiranya telah ada bahan halal yang dapat menahan ubat dari cepat rosak, maka penggunaan gelatin dalam ubat tidaklah lagi diharuskan.
 
  Fatwa ini tidak menjelaskan secara spesifik jenis gelatin yang
dimaksudkan, oleh itu saya membuat kesimpulan bahawa gelatin yang dimaksudkan didalam fatwa ini ialah gelatin yang dihasilkan
daripada sumber haram sama ada babi ataupun haiwan yang tidak
disembelih secara Islam. Tetapi, selepas 26 tahun fatwa ini dikeluarkan, adakah penggunaan gelatin dari bahan haram masih lagi diharuskan? atau penggunaan gelatin dari bahan haram tidak lagi diharuskan pada masa sekarang kerana telah terdapat bekalan gelatin halal yang dihasil daripada sayuran ataupun haiwan yang disembelih mengikut kaedah Islam.
 
  Meskipun ramai umat Islam terutamanya dari negara-negara asia yang majoriti rakyatnya beragama Islam berpegang kepada pendapat bahawa gelatin daripada babi ataupun haiwan yang tidak disembelih mengikut Islam adalah haram, namun terdapat sebahagian ulama yang berpandangan sebaliknya. Mereka berpandangan bahawa gelatin yang terhasil daripada transformasi tulang, kulit dan tendon (otot) haiwan yang diharamkan adalah suci dan diharuskan memakannya.

Transformasi ini ataupun disebut sebagai istihala di dalam bahasa
arab bermaksud perubahan sesuatu bahan kepada bahan yang lain dan mempunyai ciri ciri yang berbeza, perubahan bahan-bahan yang
asalnya tidak suci menjadi suci, dan perubahan sesuatu bahan yang
diharamkan kepada halal.

  Perkara ini telah diputuskan semasa 'Seminar Bahan Haram di dalam Ubat dan Makanan' yang dianjurkan oleh Pertubuhan Sains Perubatan Islam di Kuwait pada tahun 1995. Seminar ini telah dihadiri oleh 112 ulama dan pakar dari beberapa negara di antaranya Sheikh Dr Mohammad Sayed Tantawai (Mufti Mesir), Sheikh Mohammad Al Mokhtar Al Salami (Mufti Tunisia), Sheikh Mohammad Ben Hammad Al Khalily (Mufti Oman) dan Dr. Youssef Al Qardawy, Pengarah Pusat Kajian Sunnah dan Cara Hidup Nabi di Qatar pada masa itu.

Pandangan ini telah melegakan ramai umat Islam yang sebelum ini
merasa berdosa, bersalah atau tidak tenteram apabila mengambil ubat dalam bentuk kapsul gelatin.

  Walaubagaimanapun, Dr Su'aad Salih, Professor Fekah di Universiti Al-Azhar mengeluarkan fatwa bahawa :

"Gelatin adalah bahan kasar yang dihasilkan dengan mendidihkan
tulang, kulit dan tisu haiwan. Oleh itu, ia bergantung kepada jenis
haiwan tersebut. Jika haiwan tersebut dagingnya halal dimakan
seperti lembu, unta, kambing dan lain-lain, makan gelatinnya adalah
halal, dan begitu juga dengan makanan yang mengandunginya.
Bagaimanapun, jika haiwan tersebut dagingnya haram dimakan seperti babi, maka gelatin yang dihasilkan daripadanya adalah haram".

  Oleh itu, gelatin adalah halal kecuali ia dihasilkan daripada binatang yang dagingnya haram dimakan. Hukum ini digunapakai untuk gelatin yang dihasilkan daripada haiwan. Gelatin yang dihasilkan daripada sayuran ataupun sintetik adalah halal dan boleh dimakan atau digunakan.

  Mengenai  gelatin yang dihasilkan daripada haiwan yang tidak
disembelih mengikut syariat Islam, Sheikh Abdus Sattar F. Saeed,
Profesor Tafsir Qur'an di Universiti Al-Azhar memberikan fatwa
berikut:

"Jika haiwan itu disembelih oleh salah seorang Ahli Kitab, ataupun
penyembelihnya tidak diketahui, daging dan gelatinnya adalah halal.
Bagaimanapun, jika haiwan itu disembelih dengan kaedah kejutan
elektrik, dilemaskan, atau dengan cara lain yang tidak dibenarkan,
maka dagingnya adalah haram dan gelatinnya pun haram kerana ia
adalah hasil daripada haiwan yang haram"

  Dengan peningkatan kesedaran dan sensitiviti umat Islam tentang
status halal gelatin yang terkandung di dalam ubat, Kementerian
Kesihatan Malaysia menerusi Biro Pengawalan Farmaseutikal
Kebangsaan (BPFK) telah mengarahkan syarikat syarikat farmaseutikal yang bertanggungjawab untuk mengisytiharkan dan menyatakan pada label ubat mereka jenis gelatin ataupun sumber haiwan yang digunakan.
 
  Pada November 2009, satu kajian hasil usahasama Universiti Sains
Malaysia
(USM) dan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Gam Lay Harn mendapati 30% daripada 100 kapsul ubat yang diuji mengandungi gelatin dari babi ataupun campuran gelatin lembu dan babi.

  Menurut Dekan Pusat Pengajian Farmasi USM, Prof Madya Dr Syed Azhar Syed Sulaiman " Gelatin dari khinzir (babi) digunakan kerana ia lebih murah daripada gelatin lembu. Bagaimana pun ini bukanlah menggambarkan keseluruhan pasaran gelatin kapsul di Malaysia kerana ada pengeluar yang terlibat bertindak menukar gelatin yang mereka gunakan kepada yang halal seperti gelatin lembu selepas dimaklumkan perkara berkenaan".

  Walau bagaimanapun, sehingga kini belum ada senarai ubat-ubatan
yang mengandungi gelatin babi yang dikeluarkan secara rasmi sama
ada dari pihak universiti, Kementerian Kesihatan Malaysia,
Indonesia mahupun Brunei. Ini mungkin kerana, kaedah pengesanan
gelatin ataupun sumber haiwan di dalam ubat masih dalam peringkat
penyelidikan dan pembangunan, serta ujian pengesahan seterusnya
perlu dilakukan.

  Kemudian pada April 2010, umat Islam di Malaysia telah dikejutkan lagi dengan pendedahan oleh Datuk Mohd Hanafiah Omar yang tidak berpuas hati apabila menerima ubat Imodium (Loperamide) dalam bentuk kapsul dari sebuah hospital swasta tanpa memaklumkan ia mengandungi gelatin babi. Lantaran itu, BPFK telah mengarahkan syarikat pemegang pendaftaran ubat cirit birit Kapsul Imodium yang disahkan mengandungi unsur babi supaya menarik balik produk itu dari pasaran.

  Realitinya, ramai umat Islam di Malaysia yang masih keliru dengan
penjualan ubat-ubatan yang mengandungi unsur babi. Ubat-ubatan yang mengandungi gelatin babi adalah haram di sisi Islam tetapi
penjualannya adalah dibenarkan di Malaysia jika ia menepati syarat-syarat pendaftaran yang ditetapkan terutama dari segi kualiti, selamat dan label produk yang menyatakan jenis sumber haiwan yang digunakan. Ini membolehkan mereka yang bukan beragama
Islam menggunakannya ataupun boleh digunakan oleh umat Islam dalam keadaan yang memenuhi syarat-syarat darurat. Inilah yang seharusnya difahami oleh kebanyakan masyarakat di Malaysia.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab pengamal perubatan untuk
memaklumkan kepada pesakit sekiranya ubat yang diberikan
mengandungi sumber babi, dan menjadi tanggungjawab pesakit pula
untuk meneliti dan membaca label kandungan ubat-ubatan yang mereka ambil.

=====================================================
Artikel di atas dipetik daripada Bab 12 Fatwa-Fatwa Perubatan yang
terkandung di dalam buku Ubat Daripada Sumber Babi dan Pilihan
Alternatif.
=====================================================

Ucapan yg betul yg perlu kita ucapkan kepada Pengantin Baru

Saturday, December 10, 2011


As Salam,
Sekarang lagi musim cuti sekolah, jadi pasti banyak undangan perkahwinan. Macam macam kita dengar ucapan untuk pengantin baru seperti ‘Selamat pengantin baru’, ‘Semoga kekal sepanjang hayat’ dan ‘Semoga bahagia ke anak cucu’ 

Ini adalah ucapan dan doa yang telah menjadi ikutan dan adat dalam masyarakat kita. Mungkin tidak ada apa-apa perkara yang salah yang kita perasan tentang hal ini. Tetapi sebenarnya terdapat banyak perkara yang bertentangan dengan ajaran Rasulullah.

Mari kita kembali kepada sejarah di zaman baginda,

Di dalam sebuah hadith, telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu orang ramai datang dan berkata,


“Semoga berbahagia dan ramai anak.”


Mendengar yang demikian Aqil berkata,

“Janganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian.”


Mereka lalu bertanya,

“Jika demikian, apakah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?”

Aqil menjawab,

barakah2.jpg

(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu). Begitulah yang diperintahkan kepada kita”.[1]


Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari, diceritakan Rasullulah s.a.w. ternampak kesan Sufrah (sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman Bin Auf r.a. lalu beliau bertanya,

“Apakah ini?”

Abdul Rahman r.a. menjawab,

“Saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma.”


Rasulullah s.a.w. bersabda,

barakah1.jpg

(semoga kamu diberkati). Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash”[2]


Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata,

barakah3.jpg

(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)”[3]


Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan

“Semoga berbahagia dan banyak anak.”[4]

Di ambil dari Blog MyJodoh

Jangan Lupa Puasa ESOK Ya

Monday, December 5, 2011

Puasa Muharram, terutama 9 (Tasu`a) dan 10 (`Asyura)


Disunnahkan untuk memperbanyakkan puasa pada bulan Muharram, berdasarkan hadith Abu Hurairah radhiaLLahu`anh, Nabi Sollallahu`alaihiwasallam bersabda:


“Sebaik-baik puasa setelah puasa Ramadhan adalah puasa pada bulan Muharram, dan sebaik-baik solat setelah solat fardhu adalah solat malam.”
(Shahih, diriwayatkan oleh Muslim, an-Nasai dan ibnu Majah)


Lebih dianjurkan lagi berpuasa pada 10 Muharram (`Asyura). Diriwayatkan dari Abu Qatadah, Nabi sollallahu`alaihiwasallam pernah bersabda:


“ Puasa hari `Asyura , aku mengharap kepada Allah akan menghapuskan dosa satu tahun yang telah lalu.”
(Shahih diriwayatkan oleh Muslim)


Ibnu Abbas radhiaLLahu`anh pernah ditanya tentang puasa `Asyura. Ia menjawab, “ Aku tidak mengetahui Rasulullah sollallahu`alaihiwasallam berpuasa dalam satu hari untuk mencari keutamaanya dibandingkan hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan tidak pula berpuasa dalam satu bulan kecuali bulan ini, yakni bulan Ramadhan.”

(Shahih, diriwayatkan oleh Al Bukhari dan Muslim)


Disunnahkan pula untuk berpuasa pada hari sebelumnya, iaitu pada tanggal Sembilan Muharram, berdasarkan hadis Ibnu Abbas radhiaLLahu`anhuma. Ia berkata,

“ Ketika Rasulullah sollallahu`alaihiwasallam melaksanakan puasa `Asyura dan memerintahkan para sahabat melaksanakannya, maka mereka berkata, “ Wahai Rasulullah, hari tersebut adalah hari yang diagung-agungkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani.” Rasulullah Sollallahu`alaihiwasallam berkata, “ Insya Allah, pada tahun depan kita akan berpuasa pada tanggal Sembilan.” Tetapi belum sampai pada tahun depannya, beliau sollallahu`alaihiwasallam sudah wafat.” 
(Shahih diriwayatkan oleh Muslim)


Di antara ulama yang berpendapat disunnahkan menggabungkan puasa pada tanggal 9 dan 10 Muharram(puasa berturut-turut) adalah Imam Malik, Imam Asy-Syafi`I dan Imam Ahmad, sehingga tidak menyerupai kaum yahudi yang berpuasa pada tanggal sepuluh sahaja.

(Syarh az-Zarqani dan al-Majmu`)


Catatan: Sebahagian ulama ada yang berpendapat disunnahkan berpuasa pada tanggal 11 Muharram, disamping tanggal 9 dan 10 Muharram. Mereka berpendapat dengan hadis yang diriwayatkan dari Ibnu `Abbas radhiaLLahu`anhuma , Nabi Sollallahu`alaihiwasallam bersabda:

“ Berpuasa pada hari `Asyura dan selisihilah kaum Yahudi, dengan berpuasa satu hari sebelumnya dan satu hari setelahnya.” (Hadis dha`if diriwayatkan oleh Ahmad, al-Humaidi, Ibnu Khuzaimah dan lain-lain lagi)


Hanya hadis ini Dhaif sekali. Jadi tidak dapat dijadikan sebagai dalil tentang disunnahkanya pada tanggal 11 Muharram. Wallahua`lam..



SHAHIH FIQIH SUNNAH-JILID 3

Tolong Jangan sebarkan keaiban orang lain

Wednesday, November 30, 2011


As Salam,
Menyebarkan cerita aib seseorang muslim bukan sifat orang yang beriman. Apatah lagi jika cerita aib itu belum pasti benar atau bohong. Orang yang tabiatnya mewar-warkan keaiban orang, sesungguhnya imam dan pemimpin mereka ialah Abdullah bin Ubay bin Salul, pemimpin munafiq pada zaman awal Islam.


Allah Taala menyebut dalam Quran:

إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَنْ تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ

“Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang keji dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat” (Al-Nuur: ayat 19).


Ayat yang cukup memberi ancaman terhadap orang yang suka menyebarkan berita-berita tentang keaiban orang lain. Gembira dan suka dengan tersebarnya keaiban orang pun dicela dan diancam dengan azab pedih oleh Allah, apatah lagi perbuatan menyebarkan keaiban tersebut kepada umum.


Orang beriman sifatnya mengasihi saudara seagama dan sedaya upaya menutup keaibannya. Di dalam satu hadis:

يا معشر من قد أسلم بلسانه ولم يفض الإيمان إلى قلبه لا تؤذوا المسلمين ولا تعيروهم ولا تتبعوا عوراتهم فإنه من تتبع عورة أخيه المسلم تتبع الله عورته ومن تتبع الله عورته يفضحه ولو في جوف رحلة

“Wahai orang yang Islam dengan lidahnya sedangkan Iman belum sampai ke hatinya! Jangan kamu menyakiti orang-orang Islam, jangan kamu memalukan mereka, dan jangan kamu mencari-cari keaiban mereka. Sesungguhnya sesiapa yang mencari-cari keaiban saudara seIslamnya, Allah akan mencari-cari (membuka) keaibannya. Sesiapa yang Allah membuka mencari-cari (membuka) keaibannya, Dia akan mendedahkannya walaupun orang itu berada di dalam rumahnya”. (Hadis riwayat Tirmizi no 2032).


Sebagai Muslim, wajiblah kita menghindari dan membenci perbuatan menghebahkan aib orang Muslim lain. Mudah-mudahan dengan sikap dan semangat ini, Allah akan sentiasa menutup keaiban kita pula di dunia dan di akhirat.

Salam Maal Hijrah 1433 & Hakikat Hijrah

Saturday, November 26, 2011



As Salam,
Selamat menyambut maal hijrah iaitu 1 muharram 1433H. Semoga tahun ini kita akan menjadi lebih baik dari tahun yang kelmarin.

Secara harfiyah, hijrah itu berarti at turku yang artinya meninggalkan, baik meninggalkan tempat maupun meninggalkan sesuatu yang tidak baik, namun hijrah secara fisik dari satu tempat ke tempat lain pada masa sekarang ini bukanlah suatu kemestian, kecuali apabila negeri yang kita diami tidak memberikan kebebasan kepada kita untuk mengabdi kepada Allah Swt atau negeri itu sudah sangat rusak yang tingkat kemaksiatan sudah tidak terkira dan sangat sulit untuk memperbaikinya. Oleh karena itu hakikat hijrah yang sebenarnya adalah apa yang disebut dengan hijrah ma'nawiyah, yaitu hijrah dalam arti meninggalkan segala bentuk yang tidak dibenarkan oleh Allah Swt. 

Dalam hal ini Rasul Saw bersabda:
Orang yang berhijrah itu adalah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang Allah atasnya (HR. Nukhari dan Muslim).

Apabila kita sederhanakan, sekurang-kurangnya ada empat bentuk hijrah secara ma'nawi. 

Pertama,
hijrah i'tiqadiyah, yaitu meninggalkan segala bentuk keyakinan, kepercayaan dan ikatan-ikatan yang tidak dibenarkan oleh Allah Swt. Ini merupakan kemestian bagi setiap muslim sehingga sangat tidak dibenarkan Apabila keyakinan dan kepercayaan seorang muslim masih bercampur dengan keyakinan dan kepercayaan yang tidak Islami. Namun kita amat menyayangkan, hingga kini masih begitu banyak orang yang mengaku muslim tapi kepercayaan dan keyakinannya masih bercampur dengan kepercayaan dan keyakinan yang tidak benar.

Kedua,
hijrah fikriyah, yaitu meninggalkan segala bentuk pola berpikir yang tidak sesuai dengan pola berpikir yang Islami, ini berarti setiap muslim harus selalu berpikir dalam kerangka kebenaran Islam, dia tidak boleh memikirkan sesuatu guna melakukan hal-hal yang tidak benar. Di dalam Al-Qur'an Allah Swt sendiri memberikan rangsangan kepada kita agar berpikir dalam rangka taat kepada-Nya, misalnya saja ada firman Allah yang artinya: Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri
(kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al kitab?. Maka tidakkah kamu berpikir (QS 2:44).

Ketiga,
hijrah syu'uriyah, yaitu meninggalkan segala bentuk perasaan yang cenderung kepada hal-hal yang tidak benar, bila orang sudah hijrah dari perasaan-perasaan yang tidak benar, maka jiwanya menjadi hidup sehingga Jiwanya menjadi sensitif atau peka terhadap segala bentuk kemaksiatan yang membuatnya tidak akan membiarkan kemaksiatan atau kemunkaran itu terus berlangsung, dalam kaitan ini rasulullah saw bersabda:
Barangsiapa melihat kemunkaran, hendaklah dia merubah (mencegah) dengan tangan (kekuasaan)nya, bila tidak mapu hendaklah dia merubah (mencegah) dengan lisannya dan bila tidak mampu juga, hendaklahka dia merubah (mencegah) kemunkaran itu dengan hatinya, yang demikian itulah selemah-lemah iman (HR. Muslim).

Keempat,
hijrah sulukiyah, yaitu meninggalkan segala bentuk tingkah laku yang bertentangan dengan ketentuan-ketentuan Allah Swt. Ini berarti seorang muslim sangat tidak dibenarkan melakukan hal-hal yang dilarang Allah dan Rasul-Nya, maka kalau yang dilarang itu tetap dikerjakan oleh manusia, cepat atau lambat, manusia itu akan mengalami akibatnya, baik di dunia maupun di akhirat, begitu juga dengan perintah Allah yang tidak dikerjakannya. Sebagai salah satu contoh, zina merupakan sesuatu yang harus dijauhi oleh manusia dan
bila ada orang yang melakukannya, maka hukuman yang tegas harus diberlakukan, tapi kenyataan menunjukkan bahwa zina itu dibiarkan saja terus berlangsung, bahkan fasilitasnya disediakan sementara orang yang melakukannya tidak dihukum sebagaimana hukum yang terdapat di dalam Al-Qur'an, maka yang terjadi kemudian adalah munculnya penyakit yang sangat menakutkan dan belum ditemukan apa obatnya sementara martabat manusia juga menjadi semakin rendah.

`        Dari pembahasan di atas menjadi jelas bagi kita bahwa hakikat hijrah itu sebenarnya adalah komitmen pada ketentuan-ketentuan dengan meninggalkan segala bentuk sikap dan prilaku yang tidak menunjukkan ketaatan kepada Allah Swt.

Dalam hal ini Rasulullah Saw bersabda:
Apabila engkau mendirikan shalat dan menunaikan zakat, maka engkau orang yang berhijrah (HR. Ahmad dan Bazzar).

Apabila engkau meninggalkan perbuatan yang keji, baik yang nyata maupun yang tersembunyi, mendirikan shalat dan menunaikan zakat, maka engkau orang yang berhijrah (HR. Ahmad dan Bazzar).

Karena hakikat hijrah adalah melaksanakan perintah Allah dengan meninggalkan kemalasan dan kedurhakaan kepada-Nya serta meninggalkan larangan-larangan-Nya dengan meninggalkan segala bentuk kesukaan atau kecintaan kita kepada kemaksiatan, maka hijrah itu harus kita lakukan sepanjang perjalanan hidup kita sebagai muslim, kesemua ini tentu saja menuntut kesungguhan (jihad).

Karena itu iman, hijrah dan jihad merupakan kunci bagi manusia untuk meraih derajat yang tinggi dan kemenangan dalam hidup melawan musuh-musuh kebenaran, Allah berfirman yang artinya: Orang-orang yang beriman, berhijrah dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan (QS 9:20).

Diam Lebih Baik

Tuesday, November 22, 2011


As Salam,
Berkatalah sesuka hatimu untuk menghinaku. Maka diamku dari orang yang menghina adalah suatu jawapan. Bukanlah ertinya aku tidak memiliki jawapan, tetapi tidak pantas bagi seekor singa melayani kerenah anjing-anjing" 

LEBIH BAIK DIAM....
usah dilayan manusia yang MENGHINA kamu...
kerana kamu adalah si SINGA...
tak perlu dilayan ANJING yang menyalak...

 BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH,
BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK,
KERANA KECERDIKKAN ITU BUAH FIKIRAN,
ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK
DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.


MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK SALAH. YANG SALAH ADALAH
APABILA MEMIKIRKAN KESALAHAN
ORANG LAIN.

Jangan Bilang "Hidup tidak Adil"

Saturday, November 19, 2011



As Salam,
 Pernah kah anda mendengar atau membaca kata-kata “hidup tidak adil”. ya itulah kata-kata yang biasanya di ucapkan oleh orang yang sedang berputus asa. kata-kata tersebut kadang-kadang muncul di saat kita sudah bersusah payah berusaha tetapi hasil tidak di dapat sedangkan ada orang yang dengan tanpa bersusah payah selalu dapat dengan mudah mendapatkannya karena dia punya ini,itu dan itu. Pertanyaan besar hinggap di kepala, kenapa ini boleh terjadi??

Ingatkah anda akan nasehat bahwa apabila kita melakukan kebaikan pasti akan ada balasan kebaikan lagi yang lebih besar yang akan kita peroleh. Sama seperti kita menanam benih dan akan dapat memanennya di kemudian hari. Itu memang betul, Tapi pertanyaanya sampai kapan…

Mungkin kita pernah selalu memberikan kebaikan dengan harapan dapat keluar dari segala masalah tapi apa yang di dapat kita selalu menghadapi kesulitan dan kita tidak bisa keluar dari masalah tersebut. Sedangkan kita pasti pernah melihat seseorang yang hidupnya jauh dari kebaikan tapi selalu di permudah dalam segala masalahnya. Hal tersebut pasti akan membuat sesuatu yang negatif terbesit dalam fikiran anda yaitu apakah hidup ini tidak adil dan tuhan memang tidak adil? Don’t think it.

Apapun masalahnya memang kita harus di tuntut untuk selalu sabar dan tetaplah memberikan kebaikan terhadap semua. Suatu kebaikan seharusnya dapat dilakukan dengan tulus tanpa mengharap apa-apa hanyalah ridha dari yan maha kuasa. Kita mesti percaya bahwa tuhan pasti akan membalas segala kebaikan kita tapi bukan berarti kita selalu mengharapkan balasan atas kebaikannya, karena kadang kita tidak mengerti bahwa sebenarnya tuhan mempunyai rencana atau cara tersendiri dan tanpa terduga-duga tidak seperti yang kita bayangkan. 

Dari hal tersebut lah kadang kita merasa kita sudah berbuat baik tapi tidak ada balasan malah yang ada kesulitan terus yang datang. Mungkin itulah balasan buat kita dari tuhan yang sebenarnya di dalam kesulitan tersebut tersembunyi kebaikan atau sesuatu yang hebat yang tidak bisa di bayangkan sebelumnya.


Jadi apabila melakukan kebaikan Jangan lah mengharap kebaikan yang kita lakukan dengan kebaikan lagi karena kita tidak tahu rencana tuhan seperti apa. Kita harus selalu terus berpikir positif terhadap tuhan karena kita percaya bahwa tuhan akan selalu memberikan segala sesuatu yang terbaik buat umatnya. 

Hidup adalah perjuangan dan apapun yang di takdirkan oleh tuhan harus kita jalani dengan sebaik-baik nya.

Perbankan Islam Bohong Dalam Sistem Kafir? ( Ust Zaharuddin)

Monday, November 14, 2011


As Salam,
Benarkah bank islam boleh menjadi ISLAM sedangkan ia bernaung di bawah sistem konvensional bank dan ekonomi?

Terdapatkah back door riba ?

Mengapa ulama Islam mengharuskan muslim untuk terus duduk dalam sistem kewangan Islam ini. dengarkan realiti atau idealis dan fikirkan dengan amanah dan sangka baik.


Senarai ulama majlis fiqh sedunia yg bercanggah dengan Sheikh Imran Hussain, kesemua mereka mengharuskan penggunaan wang kertas tapi dgn syarat-syarat emas & perak. http://www.fiqhacademy.org.sa/a3daa/a3_5br.htm

Penerangan di atas adalah selaras dengan rumusan ribuan ulama terulung dunia antara mereka adalah http://www.aaoifi.com/aaoifi/TheOrganization/AAOIFIStructure/AAOIFIShariaBoar...

Apabila ISLAM di "Liberalkan" "Halal BEER" !!!

Tuesday, November 8, 2011

 As Salam,
Yang beragama Islam... Fikir fikirkan lah.....
 Apabila Islam di "liberalkan", 'halal beer' contain 0.5 percent alcohol dan mabuk secara sederhana dan halal. Negara tetangga, Malaysia menjadi pengeluar pertama.







Hadis Ibnu Umar r.a. katanya: Rasulullah s.a.w bersabda;
"Setiap minuman yang memabukkan adalah arak dan setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum arak di dunia lalu meninggal dalam keadaan dia masih tetap meminumnya dan tidak bertaubat, maka dia tidak akan dapat meminumnya di akhirat kelak (di surga)" (Dalam kitab Sahih Muslim (dalam bahasa arab sahaja))

Firman Allah S.W.T yang bermaksud;
"Wahai orang orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan jidu dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dan perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Surah Al-Maa'dah ayat 90)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda;
"Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak adalah diharamkan, walau dalam jumlah yang sedikit" (kitab sunan ibnu majah jilid 3 kitab memabukkan, bab hadis no 3392)

4 Wives

Wednesday, November 2, 2011

















Ikhlaskah Kita

Wednesday, October 19, 2011


As Salam,
Ikhlas adalah paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.

Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas menangis mereka. Mereka merasa tidak selamat, rasanya tidak mungkin dapat perolehinya yang begitu tinggi nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas.

Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas.

Siapa yang mengaku ikhlas walaudpun sebelum ini ikhlas, automatik, ikhlasnya terbatal.

Contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas: Membantu seseorang sambil berkata,

“Ambillah, saya ikhlas…”

Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak.

“Saya tolong awak ini ikhlas, tapi sedih, awak menolak..”

Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan,

“Yang ikhlas”

“Yang Benar.”

Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Siapa yang mengaku ikhlas, siang-siang lagi terbatal. Tiada siapa yang mengetahui siapa yang ikhlas sekalipun yang empunya diri. Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas, Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.

Erti Ikhlas:
Murni, bersih, jenis dia sahaja, tidak bercampur jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung, sebab apabila sudah bercampur dengan benda lain, sudah tidak khalis lagi (tidak pure).

Begitulah dalam beramal, solat, zakat, baca Quran,mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar, semata-mata kerana Allah:

1. kerana suruhan-Nya
2. kerana keredhaan-Nya
3. kerana arahan-Nya
4. kerana mentaati-Nya
5. kerana patuh pada-Nya

Jadi perkara di atas adalah dari sebab atau kerana-Nya yang satu, tujuan satu, dan didorong oleh yang satu iaitu Allah. Abdikan diri kerana Allah, tidak dicampur atau bercampur selain Allah – itulah ikhlas – dorongannya satu. Apa yang nak berlaku atau nak jadi atau tidak jadi, tidak timbul sama sekali sebab niat semata-mata kerana Allah.

Sekiranya niat, dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain dari Allah seperti kerana riak, megah, glamor, pangkat, orang minta, takut orang tidak suka, mental exercise, boring tinggal di rumah, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan – maka ia tidak khalis atau ikhlas telah ternoda. Dengan itu boleh jatuh syirik khafi.

Di akhirat nanti Allah menyuruh dia meminta pada orang yang dia niat kerananya. Allah tidak balas kebaikan itu kerana ia mempunyai “kerana-kerana” yang selain dari “kerana Allah”.

Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti berdakwah, mengajar, gotong-royong, baca Al-Quran di depan orang, forum, upacara memberi hadiah – lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar. Jarang diambil kira, selalunya ramai yang terjebak.

Khususul Nafs – kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur.

Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis kedudukan:

1. awal
2. pertengahan
3. akhir

Kerosakan awal contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata:

“Inilah masanya nak jadi popular”

“Aku akan jadi terkenal…”

“Dengan ceramah ini dapatlah duit poket.”

Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air.

Kerosakan pertengahan pula contohnya niat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata:

“Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis.”

Kerosakan akhir pula contohnya niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata:

“Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis.”

Waktu itu maka datanglah rasa ujub hingga lupa ia semua itu datang dari Allah jua. Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu ibarat membangunkan rumah tiba-tiba siap sahaja rumah itu terus runtuh.

Orang ramai yang mendengar ceramah tersebut juga tidak berubah sebab hati sudah cacat. Mereka memuji kita, tetapi tetap tidak berubah sebab dari rasa riak. Sifat taqwa sudah ternafi. Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhuk, takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak.

Ingatlah:

“Sesungguhnya Allah tidak melihat amalan lahir kamu, tapi amalan hati kamu.”

Apabila kita melakukan sesuatu niat kerana Allah semata-mata, tetapi ada orang mengkritik kita, kita melenting, hati tidak senang dengan orang itu, bermakna kita masih mempunyai niat lain selain dari Allah.

Dalam menghadapi keadaan dimana susahnya untuk mendapat ikhlas ini, kita berdoalah pada Allah dengan doa yang berikut:

Wahai Tuhan, rasanya kami belum berbuat apa-apa sebelum ini. Kalaupun ada berbuat sudah tentu ada kepentingan diri. Kalaulah bukan pimpinan dan bantuan-Mu Tuhan, rasanya sebarang amalan kami mungkin tertolak semuanya. Berilah selalu hidayah dan taufiq-Mu, ya Allah agar segala lahir dan batin menuju keredhaan-Mu, ya Allah.

Ikhlas umpama semut hitam berada di atas batu hitam di malam yang gelap. tiada siapa pun yang tahu tentang ikhlas kecuali Allah. Ikhlas adalah rahsia di dalam rahsia Allah.

Doa Menjelang Bulan Rejab

Wednesday, June 1, 2011

As Salam,
Lusa tanggal satu Rejab, jadi marilah muslimin & muslimat bersama sama membaca doa di bawah ini.


Terlalu...

Saturday, April 23, 2011

Terlalu.....

1.Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat sekitar kaki menjadi kembang.

2. Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.

3. Terlalu lama berjalan - merosakkan urat.

4. Terlalu lama melihat - merosakkan darah.

5. Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh!

6. Terlalu
banyak ketawa /gembira - merosakkan usus.

7. Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut.

9. Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.

10. Terlalu merana - merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami.

13. Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk.

14. Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung. Badan menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda.

15. Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif .

Our prophet (SAW) told us that there would be 3 major earthquakes before Judgement day

Friday, April 15, 2011

 As Salam,
Near the coast of Japan there has been a earthquake as u all know! Experts say that this will lead to a formation of new island. If u remember that prophet Mohammad PBUH had once quoted that DAJJAL is imprisoned on a island towards the west. Japan is the first land to receive sunlight and to see the dawn in the world. Before the coming of Imam Mehdi (A.S) it was quoted that the year before his arrival will face solar n lunar eclipse which has already occurred twice this year! There are more signs which can be seen around! Is the judgment day closer ! Offering Salaah is one of the most necessary work in all our lives while straining away from all the wrong path! This is a wakeup call for all the Muslims! Let's unite and face the signs together and be happy to get rid of this slavery life of ours!! Forward this message if u think this is relevant! The choice is urz!! 



Our prophet (SAW) told us that there would be 3 major earthquakes before Judgement day.  One in the east , one in the west, and one in Arabia. There has already been one in Japan;(East)and one in Haiti;(West). Its so very scary.  What have we done to deserve a place in Jannah?  -we watch TV, swear, talk back & give attitude to elders, we watch things that we are not supposed to watch, some don't even dress modestly. We listen to music & spend time learning the lyrics, but why not learn the Quraan? It's probably because we don't have enough Imaan (faith) in us. We need to get rid of bad habits and get onto the good ones.  Send this to  as many Muslim brothers and sisters. If people  act upon this, then Insha Allah, you will get rewards. 93% will not pass this on, will you be one of them? Allah says: 'If you deny me in front of your friends, then I will deny you on the day of judgement

Courtesy: fi se bi lillah. 

It’s good to inform people hope you learn from it.

4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita

Friday, April 1, 2011


As Salam,
Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah: 

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi
kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat  kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)


4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu  perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu
juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.) 


.................................................
Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. 


Firman Allah S.W.T;
'Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu....'
 
SETELAH MEMBACA NYA SAMPAIKAN PULA KEPADA SAHABA-SAHABAT ANDA YANG LAIN, UNTUK MEREKA PULA RENUNGI MESEJ INI. 

Anda boleh MENEGUR Tapi....

Friday, March 18, 2011


As Salam,
Kita sebagai manusia biasa, tidak terlepas daripada membuat silap. Justeru, kita harus lebih bersedia menerima kekurangan dan kelemahan diri. 

Dalam surah An-Nahl- ayat 125, ALLAH s.w.t ada berfirman, bermaksud: “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk”. 

Oleh hal demikian, tegurlah secara lembut, bijak dan berhemah agar tidak melukakan hati seseorang, yang menyebabkan dia merajuk, tidak bertegur sapa dan mungkin boleh memutuskan silaturrahim.  

Perhatikan situasi dan masa yg sesuai sebelum menegur, jangan mengkritik jika seseorang itu sedang marah, letih, lapar dan dibebani masalah. Gunakan kata-kata sopan dan halus. Berikan pujian dan penghargaan professional sebelum mengkritik. 

Hindari menegur di depan umum termasuk di hadapan ibu bapa, anak (untuk yang sudah berumahtangga) atau pun kawan-kawan. Jangan terlalu sering mengkritik. Menegur bukan bererti melepaskan geram, jadi jangan mengkritik dan memarahi seseorang kerana kesalahannya. Redakan dulu kemarahan kita dan kalau sudah reda, barulah menegur.

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...