Support my blog by clicking the Ads, TQ

TANGAN YANG MEMBERI LEBIH MULIA DARIPADA TANGAN YANG MENERIMA. SEKECIL MANA SUMBANGAN YANG DI HULURKAN, IA CUKUP BERMAKNA KEPADA SI PENERIMA YANG HIDUP SERBA KEKURANGAN, MALAH ‘BUAH TANGAN’ YANG TIDAK SEBERAPA ITU MAMPU MENERBITKAN SENYUMAN, WALAUPUN CUMA UNTUK SEKETIKA

Search This Blog

Doa untuk Orang Tua

Friday, October 29, 2010

Salam Zulkaedah,
Marilah kita kenang dosa kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita di rundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, air matanya, keringatnya. Istighfarlah , Istighfarlah.....

Barang siapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau kata katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya di dahulukan di dunia ini.

Doa untuk orang tua

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik baiknya
atas didikan mereka padaku dan
Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
Peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku, jadikanlah itu semua penyebab runtuhnya dosa dosa mereka dan
bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenanMu ya Allah,sebab hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda

Ya Allah,
Bila magfirah Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya,
maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan Mu di tempat kediaman yang di naungi kemuliaan Mu, ampunan Mu serta rahmat Mu
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan
Engkaulah yang Maha Pengasih di antara semua pengasih.....

2 Comments:

Faizal Husin said...

minta izin utk di print utk amalan saya

Indah Cuma Seketika.... said...

Silakan teman.... siapa aja boleh mencetak doa ini....

"kita peduli kita berbagi"

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...