Support my blog by clicking the Ads, TQ

TANGAN YANG MEMBERI LEBIH MULIA DARIPADA TANGAN YANG MENERIMA. SEKECIL MANA SUMBANGAN YANG DI HULURKAN, IA CUKUP BERMAKNA KEPADA SI PENERIMA YANG HIDUP SERBA KEKURANGAN, MALAH ‘BUAH TANGAN’ YANG TIDAK SEBERAPA ITU MAMPU MENERBITKAN SENYUMAN, WALAUPUN CUMA UNTUK SEKETIKA

Search This Blog

LARANGAN BERPUTUS ASA

Friday, October 9, 2009


LARANGAN BERPUTUS ASA

Menurut sebuah riwayat dari Anas bin Malik, pada suatu hari Rasulullah SAW bersabda

kepada para sahabatnya;

" Janganlah salah satu dari kamu meminta mati kerana kesukaran hidup yang menimpanya.

Jika memang sangat perlu dia berbuat demikian, maka ucapkan doa sebagai berikut, 'Ya

Allah, panjangkanlah umurku kalau memang hidup adalah lebih baik bagiku, dan matikanlah

aku manakala memang kematian lebih baik bagiku'. "

HR Bukhari-Muslim

Islam melarang berprasangka buruk terhadap Allah dan berputus asa dari rahmatNya.

Dalam Surah An-Nisaa' Ayat 29 melarang bunuh diri, kerana Tuhan adalah Maha

Penyayang kepada makhluknya. Juga dalam Surah Al-An'aam Ayat 151 dan Surah Al-Isra'

Ayat 31, Allah melarang dengan tegas membunuh anak-anak kerana takut kemiskinan dan

kemelaratan. Dalam peristiwa lain, Rasulullah SAW pernah berkunjung kepada seorang

yang terlalu menderita sewaktu sakaratul menghadapi kematian. Rasulullah kasihan melihat

penderitaan dahsyat pada akhir hayat orang itu. Lalu terjadilah dialog antara Rasulullah

dan dia.

Kata Rasulullah; " Apakah pernah anda memohon sesuatu kepada Allah?

Dia menjawab; Pernah. Saya meminta kepada Allah supaya segala seksaan yang akan saya

terima di akhirat nanti biarlah disegerakan di dunia ini juga.

Rasulullah bersabda; Subhanallah, pasti anda tidak akan kuat menanggungnya. Bukankah

saya sudah mengajarkan doa yang bunyinya,

'Ya Tuhan kami, berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat, dan

jauhkanlah kami dari seksa neraka'. "

HR Imam Ahmad

Dalam Surah Al-Ankabut Ayat 2 dan 3 dijelaskan bahawa orang-orang yang beriman akan

diuji dengan berbagai cubaan dalam kehidupan ini. Ibnu Abi Dunya meriwayatkan bahawa

Rasulullah bersabda;

" Tiap-tiap bencana apa pun yang menimpa seorang Muslim, sekalipun satu duri, adalah

kerana salah satu dari dua sebab. ( Iaitu ) kerana Allah hendak mengampuni dosa

kesalahannya yang tidak dapat diampuniNya melainkan dengan cubaan itu, atau kerana

Allah hendak memberinya suatu kehormatan yang tidak mungkin dapat dicapainya

melainkan dengan cubaan itu. "

Dalam kaitan ini dapat difahami kenapa eutanasia dilarang dalam Islam. Menurut hukum

agama dan moraliti, eutanasia sama dengan tindakan pembunuhan. Almarhum Dr. H. Ali

Akbar dalam buku Etika Kedoktoran dalam Islam menyatakan, " Islam mewajibkan doktor

mengubati untuk meringankan dan menyembuhkan penderitaan si pesakit dengan segala

usaha, sampai ia sembuh atau mati. Eutanasia adalah pembunuhan yang dilarang oleh Allah

SWT, baik atas permintaan sendiri, mahupun kerana hendak meringankan penderitaan si

pesakit kerana Allahlah yang mempunyai hak mematikan. "

Pada Surah Yusuf Ayat 87, Allah SWT mengingatkan pesanan Nabi Yakub kepada anak-

anaknya tatkala hendak berangkat ke Mesir untuk mencari Yusuf, " Janganlah kamu

berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah,

melainkan kaum yang kafir. "

Wallahua'lam Bisshawab.



Wujud, banyak dicari orang kerna indahnya bentuk
Padahal ia tidak memiliki makna.
Hati, tempat bersemayam antara kebaikan & keburukan
Z
ikir bisa membersihkannya dari segala keburukan & kemaksiatan
Ku bersujud pada Illahi Rabbi hanya untuk mendapat Cinta & RedhaMu

2 Comments:

feereez said...

salam,
sesungguhnya bersyukurlah diatas segala dugaan yang diuji oleh Allah swt kerana hikmahnya kita adalah insan yang disayangi oleh Yang Maha Esa.

Indah Cuma Seketika.... said...

waalaikumsalam
Dugaan tanda kita di sayang...Semoga kita bisa menghadapi dugaan apapun yang di berikan.

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...