Support my blog by clicking the Ads, TQ

TANGAN YANG MEMBERI LEBIH MULIA DARIPADA TANGAN YANG MENERIMA. SEKECIL MANA SUMBANGAN YANG DI HULURKAN, IA CUKUP BERMAKNA KEPADA SI PENERIMA YANG HIDUP SERBA KEKURANGAN, MALAH ‘BUAH TANGAN’ YANG TIDAK SEBERAPA ITU MAMPU MENERBITKAN SENYUMAN, WALAUPUN CUMA UNTUK SEKETIKA

Search This Blog

Projek Amal

Thursday, August 27, 2009

Salam & hola,

Pada tanggal 30 August ini saya ingin menganjurkan 1 projek yang amat mudah dan simple.
"Menziarahi Rumah Amal Limpahan Kasih di Puchong dan menyampaikan sedikit sumbangan ikhlas"

Jadual tentative adalah seperti berikut :

• Berkumpul di parking Sony North Plant (Bagi mereka yang ingin turut serta ke Rumah Amal Limpahan Kasih Puchong)

• Singgah untuk membeli barangan sumbangan seperti milo , susu , beras dan sebagainya dimana2 kedai untuk dibawa ke rumah Amal Limpahan Kasih.

• Menziarahi rumah amal ini , menyampaikan sumbangan dan meluangkan sedikit masa melihat sekitarnya dan bertemu dengan anak-anak kecil yang tinggal disana.

Semoga dengan aktiviti yang begitu mudah ini , dapat memanjatkan rasa syukur atas rezeki yang ALLAH kurniakan kepada kita dan mendekatkan diri kita dengan ALLAH.

Bagi yang ingin turut serta bersama projek amal ini , bolehlah hulurkan apa jua sumbangan ikhlas anda dalam apa jua bentuk , saya dengan ikhlas hati menawarkan diri untuk menjadi peneraju projek amal ini.
Insyallah.

p/s : Sememangnya benar , proses termudah dalam menghulurkan sumbangan adalah melalui tabung2 or internet banking , namun saya yakin sentuhan emosi dan spiritual hanya akan tersentuh apabila kita merasai pengalaman dengan melihat , merasa dan mendengar rintihan hati anak-anak ini.

Apa yang baik datangnya dari ALLAH dan apa yang buruk adalah kelemahan diri saya.

Projek Amal Leader
Hasmar
012-974 7854

sumber dari email

0 Comments:

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...