Support my blog by clicking the Ads, TQ

TANGAN YANG MEMBERI LEBIH MULIA DARIPADA TANGAN YANG MENERIMA. SEKECIL MANA SUMBANGAN YANG DI HULURKAN, IA CUKUP BERMAKNA KEPADA SI PENERIMA YANG HIDUP SERBA KEKURANGAN, MALAH ‘BUAH TANGAN’ YANG TIDAK SEBERAPA ITU MAMPU MENERBITKAN SENYUMAN, WALAUPUN CUMA UNTUK SEKETIKA

Search This Blog

UNTUK DIAMALKAN SELALU SEBELUM TIDUR

Sunday, August 16, 2009

UNTUK DIAMALKAN SELALU SEBELUM TIDUR.

Satu masa ketika Rasullullah SAW berada di Medinah, beliau pernah bersabda kepada Imam Ali bin Abi Talip mengenai LIMA WASIAT. Sabda baginda, "Ya Ali, janganlah engkau tidur kecuali engkau kerjakan dahulu LIMA masa'alah ini iaitu:

1. Janganlah engkau tidur kecuali engkau baca Al-Quran kesemuanya.

2. Janganlah engkau tidur kecuali engkau bersedekah dahulu 4 ribu dirham.

3. Janganlah engkau tidur kecuali engkau ziarah dahulu kepada Ka'abah.

4. Janganlah engkau tidur kecuali engkau jaga dahulu tempat mu di Surga.

5. Janganlah engkau tidur kecuali engkau minta redanya musuh2mu terlebih dahulu.

Ketika Saidina Ali mendengar ini, dia merasa bingung dan terpegun lalu bertanya kepada Rasulullah SAW. Dan bagaimana mengamalkan hal itu ya Rasulullah?.
Maka Rasulullah pun bersabda:

1. MEMBACA AL-QURAN KESEMUANYA:

Hai Ali tidakkah engkau mengetahui apabila engkau membaca "QUL HUWALLAH HU AHAD....." sebanyak 3 kali bererti engkau telah membaca Al-Quran kesemuanya.

2. BERSEDEKAH 4 RIBU DIRHAM:

Hai Ali apabila engkau membaca surah AL-FATIHAH sebanyak 4 kali bererti sesungguhnya engkau telah bersedekah 4 ribu dirham.

3. ZIARAH KE KA'ABAH:

H
ai Ali apabila engkau sebelm tidur membaca: "LA ILLA HA ILLAH U WAHDAHU LA SARIKALLAH LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU YUHII WAYUMITU WAHUWA KULLI SHAI INQADIR" sebanyak 10 kali bererti pahalanya sama dgn ziarah Ka'abah.

4. PELIHARA TEMPAT MU DI SURGA:

Ya Ali apabila engkau sebelum tidur membaca: "LAA HAWALA WALAQUATTA ILLA BILLAH HILALIL AZIIM" sebanyak 10 kali bererti sesungguh engkau telah menjaga tempatmu di Surga.

5. MINTA REDHA KEPADA MUSUH-MUSUH:

Hai Ali apabila engkau membaca: "ASTAGAFIRRULLAH ALAZIIM ALLAZI LAA
ILLA HA ILLALAH HUWAL HAIYUL QAYYUM WA'ATUBU ILLAIEH"
sebanyak 10 kali bererti engkau telah redhakan musuh-musuhmu.

0 Comments:

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...