Support my blog by clicking the Ads, TQ

TANGAN YANG MEMBERI LEBIH MULIA DARIPADA TANGAN YANG MENERIMA. SEKECIL MANA SUMBANGAN YANG DI HULURKAN, IA CUKUP BERMAKNA KEPADA SI PENERIMA YANG HIDUP SERBA KEKURANGAN, MALAH ‘BUAH TANGAN’ YANG TIDAK SEBERAPA ITU MAMPU MENERBITKAN SENYUMAN, WALAUPUN CUMA UNTUK SEKETIKA

Search This Blog

Musnahnya Kecantikan Diri Akibat Kebimbangan

Saturday, February 19, 2011


As Salam,
Cerita ini saya(not me ya but Dr. Zulkarnain MS) petik dari buku D. Carnegie (2003).

Carnegie menemubual seorang pelakon berjaya yang bernama Merle Oberon yang dengan tegas menyatakan bahawa beliau enggan berada di dalam kebimbangan. Merle tidak mahu bimbang kerana beliau yakin kebimbangan akan merampas kekayaan seseorang, dan bagi dirinya, kekayaan yang paling berharga ialah KECANTIKAN WAJAH dan dirinya.

Merle bercerita, "Pada waktu saya pertama kali mahu menerjunkan diri dalam bidang perfileman... saya sedih dan takut. Saya baharu sahaja datang dari India dan saya tidak mempunyai seorang kenalan pun di London. Saya cuba mencari pekerjaan di bandar itu. Saya menemui beberapa orang penerbit, namun tidak ada seorang penerbitpun yang mahu mengambil saya sebagai pelakon. Padahal wang saya mulai berkurang. Selama dua minggu cuma makan roti kering dengan air. Kini saya bukan sahaja bimbang, tetapi juga kelaparan. Saya berkata kepada diri saya sendiri - Barangkali kau ni bodoh - Mungkin engkau tidak akan dapat terjun dalam dunia perfileman sebab kau sama sekali tidak mempunyai pengalaman. Kau belum pernah berlakon sama sekali. Lantas, apalagi yang dapat kau tawarkan kecuali wajahmu yang boleh dikatakan cantik itu?".

"Kemudian saya bercermin. Ketika saya melihat wajah saya di cermin, saya menyaksikan suatu kesan di atas wajah saya. Akibat kesedihan hati, wajah saya menjadi berubah! Saya lihat alur-alur kerutan di wajah saya. Saya menyaksikan gambaran wajah yang sedih. Oleh kerana itu saya selalu berkata - Kau harus menghentikan ini sekarang juga! Kau tidak boleh bertahan dengan bimbang terus menerus. Satu-satunya benda yang dapat engkau tawarkan hanyalah wajahmu. Dan wajahmu akan rosak kalau kau terus bersedih.

Komen: Kisah ini menunjukkan betapa bahayanya kebimbangan yang boleh merosakkan sesuatu yang amat berharga (wajah) kepada wanita dan lelaki. Apabila bimbang bersarang di minda, anda akan mula mengerutkan wajah dan ini akan merosakkan kulit muka yang halus, licin dan tegang. Anda akan cepat kelihatan tua, layu dan tidak bermaya... muka tidak segar. Apabila anda bimbang atau gusar, anda akan mengerutkan dahi atau kulit muka, mengetap bibir dan/atau rahang dan kesannya ialah wajah akan menjadi beralur-alur, berkerut-kerut dan kelihatan tidak ceria. Banyak lagi kesan kebimbangan ke atas diri anda iaitu cepat beruban dan rambut gugur. Orang yang bimbang, emosinya tidak menentu kesan dari perubahan hormon badan dan menyebabkannya tidak seimbang. Kesan dari perubahan hormon, jerawat mula membiak di atas muka yang licin dan cantik, kudis dan ruam juga mula bertandang di bahagian-bahagian badan yang selama ini anda banggakan.

Oleh itu, jauhilah kebimbangan kerana ianya boleh merampas dan membawa pergi kebahagiaan dan kecantikan diri anda. Kebimbangan akan merugikan diri dan akan merosakkan kecantikan wajah dan diri. Bergembiralah! Kecapi kebahagiaan hidup dan keindahan dunia ciptaan tuhan.

artikal dari Dr. Zulkarnain
MS

something to share from what i read from
http://www.insan-luarbiasa.blogspot.com

0 Comments:

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...