Support my blog by clicking the Ads, TQ

TANGAN YANG MEMBERI LEBIH MULIA DARIPADA TANGAN YANG MENERIMA. SEKECIL MANA SUMBANGAN YANG DI HULURKAN, IA CUKUP BERMAKNA KEPADA SI PENERIMA YANG HIDUP SERBA KEKURANGAN, MALAH ‘BUAH TANGAN’ YANG TIDAK SEBERAPA ITU MAMPU MENERBITKAN SENYUMAN, WALAUPUN CUMA UNTUK SEKETIKA

Search This Blog

Impian Mereka Amanat Kita

Tuesday, December 20, 2011


Menuntut ilmu adalah sesuatu yang fardhu bagi setiap insan. Melalui pendidikan, seorang insan boleh memperbaiki keadaan dirinya dari segi akhlak, sosial mahupun ekonomi. Malahan seorang anak miskin boleh membawa keluarganya keluar dari kepompong kemiskinan apabila diberi pendidikan yang cukup.

Namun, kepentingan pendidikan tidak harus dilihat dari segi matlamat ekonomi sematamata. Sebaliknya pendidikan dapat melahirkan seorang bakal pemimpin masa depan yang bertanggungjawb, amanah, berakhlak serta matang dalam menguruskan kehidupan diri dan keluarga dengan lebih sempurna. Walaubagaimanapun, tidak semua anak-anak cukup bernasib baik untuk bersekolah dek kerana faktor kemunduran hidup keluarga. Bagaimanakah masa depan anak-anak yatim yang tidak terbela nasib mereka? Adakah peluang bersekolah hanya untuk anak-anak dari keluarga yang berkemampuan? Bagaimana anda dapat membantu walau seorang kanak-kanak untuk bersekolah?

Islamic Relief Malaysia (IRM) sedang menganjurkan program “Back to School” (BTS) atau Kembali ke Sekolah bagi meringankan bebanan golongan miskin ini untuk menyekolahkan anak-anak mereka. Pakej "Back to School" yang ditawarkan kepada penderma adalah RM250 bagi menaja seorang pelajar, yang mana pelajar tersebut akan mendapat:

• Dua pasang pakaian sekolah

• Dua pasang kasut beserta stokin

• Beg sekolah

• Set peralatan tulis.

Bayangkan betapa cerianya anak-anak ini apabila menerima hadiah berupa pakaian serta peralatan sekolah yang baru. Kelengkapan persekolahan yang baru pasti akan menaikkan motivasi mereka untuk menuntut ilmu. Sasaran penerima manfaat program ini adalah seramai 2000 orang anak-anak dari golongan miskin dan miskin tegar. Keutamaan akan diberikan kepada anak-anak yatim dari kedua-dua golongan ini. Mereka ini akan dikenalpasti melalui rumah-rumah anak yatim dan sekolah-sekolah yang terpilih seluruh Malaysia.

Sememangnya ramai yang ingin membantu anak-anak dari golongan miskin dan miskin tegar ini, namun persepsi bahawa

Saya ingin menyertai "Back to School" 2011

anak-anak ini hanya memerlukan barangan terpakai, masih menebal dikalangan masyarakat kita. Kebanyakan bantuan yang diterima adalah ibarat melepas batuk di tangga sahaja seperti pakaian sekolah yang terpakai disebabkan anak-anak mereka sudah membesar, beg, stokin dan kasut yang telah lusuh dan menunggu masa untuk koyak dan peralatan tulis yang tidak
berjenama dan rendah kualitinya. Bagi mereka yang budiman pula, mereka ini tidak tahu bagaimana hendak menderma dan tidak tahu kepada siapa bantuan itu boleh disalurkan.

Diharap program pembangunan insan seperti "Back to School" ini, akan dapat memudahkan masyarakat terutama golongan yang budiman untuk membantu anak-anak yang memerlukan. Sekaligus kita juga dapat melahirkan barisan bakal pemimpin masa depan yang penyantun dan punya jati diri yang kukuh. Ketahuilah, impian mereka adalah amanah buat kita tunaikan.


0 Comments:

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...