Support my blog by clicking the Ads, TQ

TANGAN YANG MEMBERI LEBIH MULIA DARIPADA TANGAN YANG MENERIMA. SEKECIL MANA SUMBANGAN YANG DI HULURKAN, IA CUKUP BERMAKNA KEPADA SI PENERIMA YANG HIDUP SERBA KEKURANGAN, MALAH ‘BUAH TANGAN’ YANG TIDAK SEBERAPA ITU MAMPU MENERBITKAN SENYUMAN, WALAUPUN CUMA UNTUK SEKETIKA

Search This Blog

Loading...

Antara Cinta Orang Hindu Dan Cinta Orang Islam

Thursday, June 24, 2010


Salam & hola,
Orang Hindu cintakan agama mereka, mereka pergi bersembahyang di kuil membawa semua ahli keluarga mereka, daripada cucu mereka yang masih dalam buaian hinggalah ke datuk nenek mereka yang bertongkat.
Orang Islam cintakan juga agama mereka, tetapi jarang kelihatan mereka membawa ahli keluarga mereka daripada cucu hinggakan ke pangkat datuk apabila ada keraian di masjid, apatah lagi pada ketika solat Jumaat.

Orang Hindu cintakan agama mereka, semua ahli keluarga mereka berpakaian cantik dan bewarna-warni apabila pergi ke kuil. Orang Islam cintakan juga agama mereka,tetapi adakalanya pakaian pergi kerja lebih cantik dan kemas daripada pakaian apabila pergi ke masjid.

Orang Hindu cintakan agama mereka, mereka menghiasi cermin kenderaan mereka dengan kata-kata ajaran Hindu yang memberi semangat kepada mereka untuk lebih menghayati agama mereka. Orang Islam cintakan juga agama mereka, tetapi jarang kelihatan menghiasi cermin kenderaan mereka dengan pelekat-pelekat yang membesarkan kalimah Allah.

Orang Hindu cintakan agama mereka, dimana mereka berada mereka akan membina tempat sembahyang tanpa mengharapkan sumbangan pihak berkuasa. Orang Islam cintakan juga agama mereka, tetapi sentiasa mengharapkan pihak berkuasa untuk mendirikan masjid atau surau.

Orang Hindu cintakan agama mereka, dimana mereka sentiasa pergi ke kuil untuk mendapat restu sami mereka. Orang Islam cintakan juga agama mereka, tetapi jarang bertemu para ulamak untuk mendapat restu mereka.

Orang Hindu cintakan agama mereka, mereka menjadikan kuil sebagai tempat rujukan. Orang Islam cintakan juga agama mereka, tetapi masjid dan surau semakin lama semakin sepi.

Maka apakah kita mempertahankan Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan atas dasar kita cintakan agama Islam, sedangkan
kecintaan kita kepada agama kita tidak seperti kecintaan penganut Hindu terhadap agama mereka. Kecintaan kita kepada sesama Islam tidak sama seperti kecintaan penganut Hindu sesama mereka. Apatah lagi kecintaan kita kepada mereka yang baru memeluk agama Islam.

0 Comments:

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...