Support my blog by clicking the Ads, TQ

TANGAN YANG MEMBERI LEBIH MULIA DARIPADA TANGAN YANG MENERIMA. SEKECIL MANA SUMBANGAN YANG DI HULURKAN, IA CUKUP BERMAKNA KEPADA SI PENERIMA YANG HIDUP SERBA KEKURANGAN, MALAH ‘BUAH TANGAN’ YANG TIDAK SEBERAPA ITU MAMPU MENERBITKAN SENYUMAN, WALAUPUN CUMA UNTUK SEKETIKA

Search This Blog

Kencing Berdiri = Penawar Iblis

Friday, January 22, 2010

Salam & hola,
Ada satu kitab menyatakan bahawa syaitan itu juga sering mengalami sakit-sakit dan patah riuk kaki dan tangannya.Walaupun seteruk mana pun penyakitnya dan patah kakinya,namun ade sejenis ubat yg membantu memulihkan penyakitnya.Boleh katakan setiap hari syaitan dan iblis mengalami patah kaki dan tangan yg serius.

Namun kita sebagai umat islam juga telah bersimpati dengan nasib iblis dan syaitan dan telah menghulurkan ubat secara percuma kepada mereka yang dilaknat. Di pendekkan cerita, suatu hari bapa iblis telah mengarahkan anaknya pergi mengganggu umat islam yg baru hendak solat dimasjid, apabila sampai sahaja di masjid, si anak-anak iblis ini sudah bersedia untuk menghasut dan melalaikan para jemaah. Tiba-tiba berkumandanglah azan, maka larilah iblis lintang pukang sambil terlanggar bukit,pokok besar dan seumpamanya dan mereka lari sehingga tak terdengar lagi di telinga mereka laungan azan.

Maka iblis tadi meraung sakit kerana cedera parah, patah tangan ,kaki dan sebagainya. Datanglah bapak mereka dan mengarahkan bahawa hannya ada satu saja ubat yang boleh menyembuhkan kembali kecederaan parah mereka, lalu menyuruh mereka pergi ke rumah orang islam dan carilah air kencing orang yang kencing berdiri dan sapulah ke tempat yang luka cedera parah. Sepantas kilat,mereka mencari orang Islam yang kencing berdiri dan serta merta penyakit mereka sembuh.

Kesimpulannya, orang kencing berdiri inilah yang menjadi punca iblis sentiasa sihat dan segar bugar. Oleh itu, jangan kencing berdiri...tolong sebarkan.

0 Comments:

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...