Support my blog by clicking the Ads, TQ

TANGAN YANG MEMBERI LEBIH MULIA DARIPADA TANGAN YANG MENERIMA. SEKECIL MANA SUMBANGAN YANG DI HULURKAN, IA CUKUP BERMAKNA KEPADA SI PENERIMA YANG HIDUP SERBA KEKURANGAN, MALAH ‘BUAH TANGAN’ YANG TIDAK SEBERAPA ITU MAMPU MENERBITKAN SENYUMAN, WALAUPUN CUMA UNTUK SEKETIKA

Search This Blog

4 Unsur Kejadian Manusia

Friday, October 16, 2009


Manusia di jadikan oleh Allah daripada tanah. Tanah adalah unsur yang terpilih daripada empat unsur kejadian kerana sifat tanah yang lebih merendah diri berbanding unsur yang lain.

Dalam membicarakan soal manusia, adalah paling wajar di bicarakan mengenai unsur kejadiannya, agar akan lebih di fahami akan sifatnya.

Di dalam kitab tajus salatin (bahasa parsi) di catatkan bahawa: “Telah di jadikan keadaan manusia itu daripada 4 perkara, seperti tanah, air, angin dan api” Di dalam kitab Kasyaful Ghaibiah, di katakan bahawa Adam itu dijadikan daripada tanah yang terpilih, air, api dan angin.

Pengetahuan tentang manusia itu dijadikan dari 4 unsur telah lama ujud di bumi ini dan di kuatkan lagi oleh ajaran Islam. Doktrin empat unsur ini dikatakan telah di kesan dari ajaran ahli falsafah greek kuno serta ahli falsafah lain. Dikatakan bahawa tubuh manusia itu terdiri dari 4 anasir iaitu udara, api, air dan tanah dengan 4 kualiti berhubungan di kelompokkan sebagai sejuk dan panas, kering dan basah.

Newbold telah membuat kajian tentang perkara ini, beliau pula menyatakan bahawa menurut masyarakat Melayu “Dengan anasir inilah berkaitnya empat rasa, iaitu jiwa atau roh dengan udara, cinta dengan api, syahwat dengan tanah dan kebijaksanaan fikiran dengan air”. Ilmu tentang 4 unsur ini menjadi asas kepada praktik ilmu Tabib Melayu. 4 unsur itu dikatakan mempunyai tabiatnya pula iaitu sejuk (udara) haba (api) kering (tanah) dan basah (air). Dari segi itu pula di pecahkan bahawa terdapat 9 jenis tabiat manusia, pertama tabiat yang seimbang, atau satu campuran “kualiti” yang sempurna, kemudian 4 tabiat yang tidak seimbang tetapi mudah caranya iaitu panas, sejuk, kering dan basah. Dari sini berkembanglah ilmu tabib, yang di sasarkan ubatnya dari punca-punca penyakit bersebab dari 4 unsur.

Pengajaran tentang perkaya tersebut berkait dengan sifat manusia, di kaitkan panas dan kering itu dengan sifat bersegera. Sifat bercita cita dan ‘ada angin’ itu dengan panas serta basah. Sifat muram dan rendah diri itu dengan dingin serta kering dan sifat lambat dalam kerja atau merasa atau dalam menunjukkan emosi dan keinginan itu dengan sejuk dan basah.

0 Comments:

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...