Monday, December 14, 2009
Salam & hola,
Segala apa yang dilakukan mempunyai kesan samada serta merta atau berjangka panjang. Pelbagai petua pantang larang telah di ajarkan oleh orang orang tua Melayu bagi menjaga kesihatan tenaga batin.
1. Jangan amalkan minum air batu kerna mengakibatkan Mr P menjadi sejuk serta lembik dan mengakibatkan batang Mr P ngilu bila Jimak. Batang Mr P harus sentiasa panas.
2. Jangan makan nasi berulamkan air. Minum air setelah selesai makan nasi, melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti meminum air batu.
3. Usah amalkan makan makanan bersifat sejuk, atau telah sejuk, atau disejukkan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.
4. Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia melemahkan Mr P.
5. Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir.
6. Jangan hembus nafas ketika minum; tahani nafas, ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika jimak.
7. Elakkan minum air ketika badan sedang panas, baharu berlari atau berkerja berat. Berehat terlebih dahulu, sejukkan badan, barulah minum air.
8. Jangan makan kepak ayam daging kerana ia melemahkan Mr P.
9. Jangan makan nasi sejuk, panaskan dulu.
10. Kurangkan memakan Pisang Embun.
11. Elakkan minum air selepas jam 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.
12. Elakkan dari buang air di tempat yang bertakung. Cari tempat yang kering dahulu kemudian buang air besar. Ini melatih mengawal otot Mr P dengan baik.
13. Jangan amalkan melancap kerana ia memaksa mani keluar dan melemahkan Mr P.
14. Jangan Bersetubuh dengan perempuan yang jauh lebih tua.
15. Jangan biarkan isteri menindih Mr P ketika tidur. Aliran darah yang sempurna amat perlu pada Mr P kerana di waktu tidur darah menuju Mr P, tindihan dari peha dan lutut yang sejuk boleh membantutkan aliran itu dan melemahan Mr P.
16. Jangan membuang air kecil di atas tanah atau ketika berendam dalam air.
17. Jika berumurlebih dari 30 tahun, elakkan dari jimak lebih dari 3 kali seminggu. Kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.
18. Jangan jimak di dalam air.
19. Jangan terus minum air selepas jimak. Rehat dahulu 15 minit.
20. Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk.
21. Jangan jimak isteri yang sedang haid. Kerana mendatangkan penyakit.
22. Jangan cungkil gigi dengan tangkai bunga lalang kerana ia mengakibatkan Mr P jadi ngilu dan kurang bertenaga.
Demikian antara nasehat yang ada di kalangan orang Melayu. Namun ada golongan muda yang menentang beberapa dari pantang larang ini terutamanya dari segi meminum air batu. Well... terpulanglah kepada diri masing masing. Petua ini dicatatkan bagi menambah pengetahuan, bagi yang mau ikut silakan.... yang tidak ...juga tidak di paksa....
0 Comments:
Post a Comment