Support my blog by clicking the Ads, TQ

TANGAN YANG MEMBERI LEBIH MULIA DARIPADA TANGAN YANG MENERIMA. SEKECIL MANA SUMBANGAN YANG DI HULURKAN, IA CUKUP BERMAKNA KEPADA SI PENERIMA YANG HIDUP SERBA KEKURANGAN, MALAH ‘BUAH TANGAN’ YANG TIDAK SEBERAPA ITU MAMPU MENERBITKAN SENYUMAN, WALAUPUN CUMA UNTUK SEKETIKA

Search This Blog

SNB: Faedah Mengetahui Anggota Jima’

Wednesday, October 14, 2009

Sekujur Tubuh adalah anggota jima'


Salam & hola,

Segment ini untuk pembaca 18 tahun keatas saja ya.

Bila saja di bilang anggota jima’ , pasti rame yang menganggap bahawa itu bermaksud zakar dan faraj. Anggapan itu tidak tepat, soalnya anggota jima’ bukan hanya pada ke dua anggota itu saja, bahkan ianya meliputi keseluruhan tubuh badan manusia samada yang bisa kita lihat atau yang tersembunyi.

Otak dan perasaan, langit-langit tekak & tenaga batin, yang berada di dalam badan kita manusia juga adalah anggota jima’.

Pada tubuh badan suami maupun isteri itu terdapat lubuk-lubuk di mana rangsangan di lakukan sebelum istimta’, ketika istimta’, semasa jima’ dan setelah jima’.

Ini termasuk juga penglihatan dan pendengaran, lubuk –lubuk keghairahan seperti telinga, mulut, kerongkong, tengkuk, celah peha, daging manis di pinggang, puting buah dada, ibu jari kaki dan lainnya termasuk zakar dan faraj. Oleh itu jika ada yang menganggap hanya zakar dan faraj sahaja sebagai anggota jima’ ia adalah anggapan yang sempit.

Mengetahui anggota jima’ mempunyai faedah yang besar. Dengan itu akan dapat di fahami akan tugasnya dalam menjayakan jima’ yang berkesan. Sifat-sifat anggota jima’ dan kaedah bagaimana ianya boleh di rangsang dan merangsang perlu di ketahui agar suami boleh memberikan kenikmatan dan inzal kepada isteri, isteri pula mampu melayani suami dengan baik.

Seksologi Barat pernah membincangkan mengenai anggota jima’ dari sudut moden. Namun, ada antara anggota jima’ tidak menjadi fokus di Barat dan hanya di ketahui oleh Islam atau masyarakat timur. Beberapa contoh ialah Makam Yang Lima, fungsi dan kelebihan Biji Zakar, fungsi dan kelebihan Urat Jarum. Kaedah –kaedah rangsangan Istinta’ yang bertertib serta penuh rahsia, Tiga Lubuk Nafsu, Rahsia Peredaran Mani (Nafsu) menurut Islam dan sebagainya.

Pengetahuan yang agak terperinci mengenai hal ini menjadi asas bagi menjayakan jima’ dengan berkesan tanpa menyakiti perasaan pasangan. Faktor ini penting, kerana jima’ bukanlah bertujuan bagi memuaskan syahwat diri semata-mata. Nafkah batin perlu diberikan dengan baik, lemah lembut dan bertertib, serta sesuai dengan masa dan tempatnya. Seperti kata orang tua-tua melayu, nafkah batin itu seolah-olah mencari lauk-pauk kepada isteri, pertamanya perlu di ketahui kesukaannya, keduanya perlulah di rancang agar tidaklah hanya mencari lauk yang serupa setiap hari kerana ia menjemukan.


0 Comments:

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...