Support my blog by clicking the Ads, TQ

TANGAN YANG MEMBERI LEBIH MULIA DARIPADA TANGAN YANG MENERIMA. SEKECIL MANA SUMBANGAN YANG DI HULURKAN, IA CUKUP BERMAKNA KEPADA SI PENERIMA YANG HIDUP SERBA KEKURANGAN, MALAH ‘BUAH TANGAN’ YANG TIDAK SEBERAPA ITU MAMPU MENERBITKAN SENYUMAN, WALAUPUN CUMA UNTUK SEKETIKA

Search This Blog

Loading...

Orang Melayu N.Sembilan kurang ajar bulan Ramadhan

Wednesday, September 2, 2009

Yang banyak merosakkan Islam , merosakkan imej Islam di Malaysia ini bukan orang Islam, tapi orang Islam sendiri, terutamanya orang Melayu.

Contohnya Melayu Negeri Sembilan seperti di Seremban , Senawang dan Rembau.

Bulan Ramadhan pun masih nak beli Judi Haram Ekor ada Lesen. Ianya dipromosikan lagi dan digalakkan lagi dengan akhbar Melayu yang menyiarkan keputusan judi dan iklan SMS judi (Utusan Malaysia, Berita Harian, Kosmo dan Harian Metro terutamanya).


Tandas Surau dijadikan tempat makan di siang hari, kotor tandas surau dengan bekas makanan seperti di Surau Alamanda, Senawang. Siapa yang buat semua ini, mengotorkan surau kalau bukan orang Melayu yang kurang ajar tidak berpuasa?

Surau dan masjid jadi tempat ponteng sekolah pelajar Melayu. Surau dan masjid jadi tempat hisap rokok pelajar Melayu.

Surau dan masjid terutama tepi jalan jadi mangsa orang Melayu yang semata-mata datang surau atau masjid hanya untuk buang air kecil atau air besar.

Siapa yang lalu depan surau , depan rumah di bulan Ramadhan dengan motosikal dengan ekzos bising kalau bukan remaja Melayu yang kurang ajar , pada masa solat jemaah pula tu.

Pernah kita tengok orang Hindu, orang Buddha orang Kristian berlaku kurang ajar dan biadap di rumah ibadah mereka.

Yang menjahanamkan surau dan masjid, yang mengotorkan masjid dan surau ialah orang Melayu. Sedarlah orang Melayu.

Sedarlah. Mulalah dengan solat berjemaah di surau atau masjid untuk yang lelaki.

Jadikanlah Ramadhan kali ini untuk mengubah sikap orang Melayu yang selama ini menjadikan masjid dan surau tempat ponteng sekolah, hisap rokok, buang air besar, tukar lampin bayi dan sebagainya.

Kalau nak orang bukan Islam hormat pada Islam, orang Islam dulu kena hormat pada Islam dan menjaga betul-betul surau dan masjid.

Sumber dari email

Nota:
Tidak semua orang melayu begitu, rasanya hampir semua bangsa, sama saja...

1 Comment:

budak_nakal said...

susah nak cakap.....dah melayu mudah lupa, cakap banyak pun bukan dihirau....hanya lagak mereka yang tak sedar diri jer, dan tak semua macam tu, cuma yang mak bapak dia org tak ajar kot menghormati benda tu semua, no comment, tepuk dada fikir sendiri pada mereka yang dianugrahkan dengan fikiran,

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...