Support my blog by clicking the Ads, TQ

TANGAN YANG MEMBERI LEBIH MULIA DARIPADA TANGAN YANG MENERIMA. SEKECIL MANA SUMBANGAN YANG DI HULURKAN, IA CUKUP BERMAKNA KEPADA SI PENERIMA YANG HIDUP SERBA KEKURANGAN, MALAH ‘BUAH TANGAN’ YANG TIDAK SEBERAPA ITU MAMPU MENERBITKAN SENYUMAN, WALAUPUN CUMA UNTUK SEKETIKA

Search This Blog

Loading...

Kemuliaan Hari

Wednesday, August 12, 2009


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Allah menjadikan masa dalam seminggu tu ada 7 hari. Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad... Dalam setiap hari tuh, ade peristiwa-peristiwa penting yang tercatat dalam diari Islam itu sendiri menjadi memori sepanjang zaman. Apakah peristiwa-peristiwa itu...silalah teruskan bacaan

Hari Isnin
Peristiwa-peristiwa yang terjadi pada hari ini ialah...
1. Naiknya Nabi Idris ke langit.
2. Nabi Musa a.s berangkat ke bukit Thursina
3. Rasulullah s.a.w dilahirkan..
4. Malaikat Jibril turun kepada Rasulullah s.a.w buat kali pertama.
5. Amal perbuatan umat Nabi Muhammad dilapurkan pada hari Isnin.
6. Hari wafatnya Junjungan mulia, Nabi Muhamad S.A.W
7. Bukti keesaan Allah diturunkan..."Qul huwallahu ahad"


Hari Selasa
1. Wafatnya Jurjis
2. Nabi Yahya a.s wafat pada hari ini.
3. Nabi Zakaria wafat pada hari ini juga.
4. Tukang sihir Firaun tewas dengan mukjizat Nabi Musa.
5. Asiah iaitu isteri kepada Firaun wafat pada hari ni.
6. Habil terbunuh hari Selasa.


Hari Rabu
1. Allah meneggelamkan Qarun bersama keluarga dan harta kekayaanya ke dalam perut bumi.
2. Allah menghancurkan Firaun beserta semua pengikut2nya (kat laut tuh).
3. Allah menghancurkan Raja Namruz bin Kan'an dengan memasukkan serangga ke dalam telinganya.
4. Allah menghancurkan kaum Nabi Saleh a.s
5. Allah menghancurkan kaum Nabi Hud a.s dengan hembusan angin yang kuat..


Hari Khamis
1. Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja Mesir.
2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya.. (masa nih, Yusof jadi Raja Mesir yang terkenal).
3. Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke Mesir dan berjumpa dengan Nabi Yusof.
4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga...untuk bertemu anakandanya yang dirindui.
5. Nabi Musa a.s memasuki Mesir pada hari Khamis untuk mengajak firaun menyembah kepada Allah.
6. Rasululllah s.a.w memasuki Kota Mekah selepas perjanjian Hudaibiyah...


Hari Jumaat
1. Pernikahan antara Adam dan Hawa
2.
Pernikahan antara Yusof dan Zulaikha
3. Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti Nabi Syuaib a.s
4. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Khadijah Khuwailid.
5. Pernikahan antara Nabi Sulaiman a.s dengan Ratu Balqis dari negeri Saba'
6. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar.
7. Pernikahan antara Ali bin Abi Talib r.a dengan Fatimah Az-zahra


Hari Sabtu
Hari ni pernah disebut oleh Rasulullah sebagai hari tipu daya...sebab..

1.Kaum Nabi Nuh membangkang kepada Nabinya.
2. Kaum Nabi Saleh mencabar nabinya dengan menyembelih unta yang diamanahkan kepada mereka.
3. Saudara-saudara Nabi Yusof mengkhianati Nabi Yusof dengan mencampakkannya ke dalam perigi di padang pasir.
4. Raja Firaun mencabar Nabi Musa
5. Orang-orang yahudi mengkhianati dan menejar Nabi Isa a.s untuk membunuhnya. Lalu, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit.
6. Orang2 Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhamad di Darun Nadwah.
7. Kaum yahudi melanggar perintah Allah dengan menangkap ikan walaupun hari itu dilarang mereka berbuat demikian.


Hari Ahad
1. Allah menjadikan neraka.
2. Allah mencipta bumi yang tujuh lapis
3. Allah mencipta langit yang tujuh lapis
4. Allah menjadikan 7 anggota Adam.
5. Allah menjadikan bilangan hari yang tujuh.
6. Allah menjadikan bintang2 yang beredar.
7. Allah menjadikan lautan yang tujuh.

Diantara hari-hari yang tujuh itu, hari Jumaatlah yang paling mulia dan digelar penghulu bagi segala hari. Banyak fadhilat yang boleh kita perolehi pada hari Jumaat...

Begitulah peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada sekian-sekian hari...hanya dengan mengimbas kembali lipatan sirah nabawiyah...barulah kita dapat gambaran sepenuhnya...alangkah baiknya kalau kita berada di bumi anbiya...bolehlah kita menuruti sejarah-sejarah silam...zaman pemerintahan nabi-nabi...


InsyaAllah..moga sama-sama dapat ambil iktibar...yang baik dan sempurna itu datangnya dari Allah jua..dan yang buruk itu..dari hambaNya yang daif ini....

sumber dari email

0 Comments:

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...