Support my blog by clicking the Ads, TQ

TANGAN YANG MEMBERI LEBIH MULIA DARIPADA TANGAN YANG MENERIMA. SEKECIL MANA SUMBANGAN YANG DI HULURKAN, IA CUKUP BERMAKNA KEPADA SI PENERIMA YANG HIDUP SERBA KEKURANGAN, MALAH ‘BUAH TANGAN’ YANG TIDAK SEBERAPA ITU MAMPU MENERBITKAN SENYUMAN, WALAUPUN CUMA UNTUK SEKETIKA

Search This Blog

Loading...

Hanfon (HP) dan Mati Muda

Sunday, November 20, 2011

AsSalam,
Anda mahu mati muda? Sudah tentu tidak bukan….?
JikA TIDAK mahu mati muda, teruskan membaca perkongsian ini (Nota: Ringkasan Laporan kajian ini akan dikeluarkan secara rasmi oleh WHO pada 1/7/2011 nanti).

Panel Saintis Antarabangsa seramai 31 orang (WHO) mendapati bahawa Separuh penduduk dunia (5.3 billion) menggunakan hanfon di seluruh dunia. Mengikut kajian tersebut, golongan yang sedang mengila menggunakan hanfon ini adalah generasi muda. Laporan itu menyebut
“Limited scientific evidence exist. Radio frequency energy released by cellphones may increase risk of two types of cancer (i) glioma (jenis barah otak) and (ii) acoustic neuroma (a tumour of the nerve that runs from ear to the brain.

Fakta-fakta lain:-
1. Di US, antara 10,000 hingga 12,000 orang menghidap glioma dan 3,000 orang untuk acoustic neuroma setiap tahun. Bayangkan kos perubatan untuk merawat penyakit-penyakit tersebut.

2. Pengguna yang menggunakan 30 minit perbualan hanfon (HP) sehari mempunyai risiko 40% kemungkinan risiko gliomas. Justeru, jika anak-anak muda kita menggunakan telefon bimbit secara meluas, maka tidak mustahil jika mereka bakal mati muda. Atau, dalam tempoh 20 tahun akan datang, ramailah pelapis ummah menghidap kanser.

Maka, Panel Saintis tersebut menyarankan perkara berikut untuk mengelakkan barah:

1. Gunakan wire headset

2. Banyakkan Hantar sms dan kurangkan bercakap gunakan HP.

3. Elakkan gunakan hp sebagai penggera alarm.
 
Berikut adalah cadangan Tambahan dari saya :

1. Kaji semula mengapa anda perlu gunakan HP. Semak penggunaan HP dan bil HP anda. Jika anda businessman/woman ok dgn HP tetapi jika anda makan gaji atau suri rumah, bil HP sebenarnya tidak membawa banyak keuntungan. Fikirkan bagaimana hendak jimat kos di saat bil-bil lain sedang menunggu giliran akan naik. (Bil Tenaga dan Astro sudah mula dinaikkan). Next Apa?

2. Jika di rumah, gunakan telefon ‘fixed line’ yang lebih murah dan selamat. Jika anda mempunyai talian streamyx, anda boleh berbual menggunakan ‘fixed line’ tanpa caj tanpa had masa (unlimited usage). Boleh tiap-tiap hari telefon kampong. Justeru, tiada lagi alasan untuk tidak menelefon mak/ayah di kampong.

3. Gunakan speaker phone

4. Elakkan menjawab dan berbual dengan hp ketika memandu

5. Bagi lelaki elakkan meletak hp di poket seluar atau di poket baju atas.
 
Moga perkongsian dan tips ini dapat membantu anda meningkatkan kualiti hidup dan mendapat ganjaran kerana berusaha menjaga kesihatan diri.

0 Comments:

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...