Support my blog by clicking the Ads, TQ

TANGAN YANG MEMBERI LEBIH MULIA DARIPADA TANGAN YANG MENERIMA. SEKECIL MANA SUMBANGAN YANG DI HULURKAN, IA CUKUP BERMAKNA KEPADA SI PENERIMA YANG HIDUP SERBA KEKURANGAN, MALAH ‘BUAH TANGAN’ YANG TIDAK SEBERAPA ITU MAMPU MENERBITKAN SENYUMAN, WALAUPUN CUMA UNTUK SEKETIKA

Search This Blog

Loading...

Tips mengekalkan sebuah persahabatan

Wednesday, September 21, 2011

1.        As Salam. Setelah Azam baca soal persahabatan seorang teman blogger, teringin Azam kongsikan tips ini, yang Azam ambil dan retype kembali ke blog Azam. Semoga bermanfaat.

1. 1. Saling memberi kebebasan
Persahabatan memberi kita ruang untuk berkongsi suka dan duka bersama, bukannya untuk saling menyakiti dan membenci di antara satu sama lain.  Tetapi menjadi sahabat baik juga tidak bermakna kamu harus memiliki seluruh ruang hidupnya. Misalnya, melarang temanmu membuat itu dan ini. Malah kamu juga sibuk mengatur perjalanan hidupnya. Ini jelas menunjukkan kamu terlalu mementingkan perasaan sendiri tanpa memperdulikan perasaan orang lain.  Apalah salahnya jika kamu saling menghormati hak kebebasan dirinya dan apa yang penting, si dia jujur dalam persahabatannya.

2.       2. Saling menahan rasa cemburu
Ramai yang berkata cemburu itu bunganya cinta. Tanpa cemburu persahabatan yang di bina tak adalah THRILL nya. Tetapi cemburu yang membabi buta boleh menjejaskan hubungan. Ada baiknya sebelum api cemburumu memuncak, coba selidiki kebenarannya. Jika ada yang tak kena, tanyalah temanmu itu dengan baik tanpa bersikap marah dan menuduh. Usahakan untuk berbicara dengan fikiran yang matang dan tenang. Sebenarnya perasaan cemburu ini tidak perlu terlalu ditonjolkan kerana ini boleh membuatkan temanmu itu naik angin. Dia akan mempergunakan kelemahan kamu itu untuk membuat kamu berasa cemburu dengan
berulang kali. Tentu sangat menyakitkan....

3.       3. Saling memahami
Untuk menjadi sahabat yang baik, kamu harus berusaha memahami dan mengenali diri sendiri serta permasalahannya dengan lebih mendalam. Misalnya temanmu itu menolak ajakanmu untuk keluar menonton wayang bersama, kamu tidak boleh membuat tanggapan yang bukan bukan tentang dirinya. Mungkin dia mempunyai urusan yang mesti dia selesaikan terlebih dahulu. Adalah lebih baik kamu mencari hiburan sendiri lagipun esok masih ada masa untuk kamu bertemu dia.

4.       4. Saling mengalah
Demi menyelamatkan hubungan, tidak ada ruginya sekali sekala kamu bersikap mengalah. Kamu dan si dia sering bercanggah pendapat. Seperti menonton wayang, kamu sukakan filem romantic tetapi dia pula suka filem aksi. Oleh kerana sayangkan tali persahabatan yang telah terbina sekian lama, maka si dia sentiasa menuruti segala kemahuanmu semata mata mahu menjaga hati dan perasaanmu. Tetapi bila di fikirkan semula, apalah salahnya sekali sekala kamu pula yang beralah dan coba belajar memahami minatnya. Situasi ini tentu akan membuat si dia berasa bahagia dan lebih menyayangi dirimu.

5.       5. Saling memberi kemaafan
Memaafkan perlu tetapi tidak mudah selagi perasaaan kesal dan keciwa menguasai diri. Tetapi sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita sesama sendiri. Belajar menjadi seorang teman yang sudi memberi kemaafan kepada orang lain biarpun kamu sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari kesalahan atau kesilapan dirimu.

2 Comments:

budak_nakal said...

thanks....

Indah Cuma Seketika.... said...

your welcome bro....

memang artikal ini di tujukan khas untuk bro.

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...