Support my blog by clicking the Ads, TQ

TANGAN YANG MEMBERI LEBIH MULIA DARIPADA TANGAN YANG MENERIMA. SEKECIL MANA SUMBANGAN YANG DI HULURKAN, IA CUKUP BERMAKNA KEPADA SI PENERIMA YANG HIDUP SERBA KEKURANGAN, MALAH ‘BUAH TANGAN’ YANG TIDAK SEBERAPA ITU MAMPU MENERBITKAN SENYUMAN, WALAUPUN CUMA UNTUK SEKETIKA

Search This Blog

Hati sihat sentiasa patuh kepada Allah

Friday, June 18, 2010



Salam,
HATI yang sihat menjadi idaman setiap insan kerana dengannya dapat mengemudi bahtera hidup pada laluan betul, malah sistem kehidupan tersusun rapi, tahu membezakan antara Pencipta dan yang dicipta, tunduk patuh kepada perintah-Nya.

Sementara hati yang sakit atau berpenyakit akan membuatkan hidup seseorang tidak fokus, mudah lupa diri dan hilang punca menyebabkan kehidupan kerap menjadi celaru, porak-peranda dan tidak memperoleh kebahagiaan

Hati yang sejahtera disebut juga qalbun salim diterima di sisi Allah. Ia mempunyai sifat tersendiri, iaitu:

  
Hati yang sentiasa kembali kepada Allah (Qalbu munib). Hati orang yang kembali kepada Allah ialah mereka yang mempunyai sifat al-khasyyah, penyerahan kepada Allah (al-Islam lillah), at-tawakkal, at-tadakkur (memperingati ayat Allah), bersih daripada bentuk kesyirikan dan penyembah taghut, bertakwa terutama yang paling asas ialah tetap mendirikan solat dan rukun Islam yang lain.

Hati yang sejahtera ialah hati yang bersifat tenang (mutmainnah), iaitu hati yang sebati dengan zikrullah, hati yang mempunyai keyakinan iman dalam peringkat 'ainul yakin'; hati yang berjaya menghakikatkan konsep ubudiyah kepada Allah, zahir atau batin, iaitu hati yang berjaya menundukkan keinginan nafsu kepada iradah Allah dan bersih daripada sifat yang merosakkan.



Hati yang berpenyakit ialah:

Kekufuran, sama ada kufur kerana jahil atau kufur semata-mata kerana kejuhudan dan keingkaran, kufur kerana angkuh atau derhaka terhadap hukum Allah.

Kesesatan, penyelewengan dan bidaah.

Kemunafikan.

Keraguan dan kesangsian kepada tanda kebenaran, kebesaran dan kesempurnaan Allah.

Muwalah atau memberikan kesetiaan kepada orang kafir.

Enggan atau berat hati untuk berjihad di jalan Allah.

Kerakusan hati kepada maksiat.

Derhaka pada perintah Allah.

Bersifat dengan sifat tercela, seperti takbur, hasad, riya, marah, bakhil, khianat, gemar kepada harta dan pangkat, mengikut hawa nafsu, buruk sangka terhadap Allah, putus asa daripada rahmat Allah, memusuhi dan membenci ulama yang baik.

0 Comments:

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...