Support my blog by clicking the Ads, TQ

TANGAN YANG MEMBERI LEBIH MULIA DARIPADA TANGAN YANG MENERIMA. SEKECIL MANA SUMBANGAN YANG DI HULURKAN, IA CUKUP BERMAKNA KEPADA SI PENERIMA YANG HIDUP SERBA KEKURANGAN, MALAH ‘BUAH TANGAN’ YANG TIDAK SEBERAPA ITU MAMPU MENERBITKAN SENYUMAN, WALAUPUN CUMA UNTUK SEKETIKA

Search This Blog

Loading...

Facebook punca cerai

Sunday, January 17, 2010


SYDNEY: Bagi kebanyakan pasangan, laman sosial Internet seperti Facebook adalah cara untuk mengekalkan hubungan dengan rakan.

Namun, kesan negatifnya semakin disedari dengan dakwaan terbaru menyatakan laman itu menjadi punca meningkatnya jumlah perceraian.

Menurut sebuah syarikat guaman, hampir satu daripada lima tuntutan cerai yang diuruskannya menyebut Facebook sebagai satu daripada punca.

Pengarah Urusan Divorce-Online, Mark Keenan berkata: "Saya terdengar kakitangan saya berkata, ramai orang yang bercakap mereka mengetahui kecurangan teman hidup mereka dalam Facebook.

"Saya mengambil keputusan untuk mencari bagaimana serius keadaan itu.

"Saya terkejut apabila mendapati 20 peratus daripada tuntutan cerai merujuk kepada Facebook.

"Alasan paling lumrah ialah pengguna laman itu bersembang mengenai seks dengan orang yang tidak berkenaan."

Pengkritik berkata, laman sosial Internet menarik golongan lemah untuk berlaku curang terhadap teman mereka.

Suami atau isteri yang mengesyaki sesuatu, menggunakan laman itu untuk mencari bukti kecurangan pasangan mereka.

Pada masa sama, syarikat juga mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan mengeluarkan perisian yang membolehkan pelanggan mengintip secara elektronik terhadap pasangan mereka. - Agensi

---

Ingat tu sapa yang kaki FB terutama yang dah kahwin tu jangan nak menggatal. Nama pun dah laman sosial . Ramai member aku dah jadi ketagih dengan permainan Smallville di Facebook.

Pokok pangkalnya ialah iman, tak kira facebook ker, myspace,friendster,yahoo massengger ker, semua boleh jadi. Syaitan ada di sekeliling kita sentiasa untuk menipu cucu Adam tak kira bagaimana cara. Diaorang pun dah canggih juga . Tak pasti tapi aku rasa setiap patah ayat kita di internet mungkin akan di soal nanti. Jadi jadikan internet tempat buat kebajikan bukannya tempat membuat maksiat dan tempat membuang masa sehingga meninggal/melambatkan solat.


sumber dari email

0 Comments:

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...