Support my blog by clicking the Ads, TQ

TANGAN YANG MEMBERI LEBIH MULIA DARIPADA TANGAN YANG MENERIMA. SEKECIL MANA SUMBANGAN YANG DI HULURKAN, IA CUKUP BERMAKNA KEPADA SI PENERIMA YANG HIDUP SERBA KEKURANGAN, MALAH ‘BUAH TANGAN’ YANG TIDAK SEBERAPA ITU MAMPU MENERBITKAN SENYUMAN, WALAUPUN CUMA UNTUK SEKETIKA

Search This Blog

SNB: Perempuan dan Hubungan Kelamin

Thursday, October 22, 2009


Salam & hola

Catatan ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada kaum lelaki agar TIDAK mementingkan diri sendiri ketika jima’ tanpa menimbangkan kejadian tubuh dan jiwa isterinya.

Suami sebagai pakaian kepada isteri dan begitulah juga sebaliknya. Semua makhluk di jadikan berpasang-pasang, maka lelaki itu memerlukan perempuan dan begitu juga sebaliknya. Jika tanpa perempuan, lelaki itu secara adatnya sukar menjalani hidupnya dan lelaki semata-mata tidak boleh melahirkan zuriat, kerana itu adalah tugasnya yang di khaskan untuk perempuan.

Hubungan kelamin adalah satu tugas yang merupakan ibadah, suami dan isteri sama-sama mendapat ganjaran pahala semasa jima’, jika ia di lakukan dengan HALAL. Hubungan kelamin adalah satu-satunya jalan adat bagi memdapatkan zuriat. Selain merupakan satu tugas, manusia dikurniakan satu nikmat kesedapan apabila mengadakan hubungan kelamin.

Faktor ini menyebabkan manusia tidak jemu mengulanginya. Lelaki suka kepada hubungan kelamin. Begitu juga dengan kaum perempuan. TETAPI perlu di fahami bahawa jima’ itu menyebabkan isteri berada di dalam kepayahan, bukan satu kepayahan tetapi beberapa peringkat.

Pertama – isteri payah kerna terpaksa melayani kehendak suami walaupun dia letih.

Kedua – isteri akan merasa sukar bernafas, sukar berfikir, sukar menahan perasaannya ketika jima’. Keadaan ini menjadikannya serba salah kerana secara fitrahnya dia dijadikan malu terhadap semua lelaki termasuk juga suaminya.

Ketiga – anggota badannya akan sakit-sakit dan sengal apabila melahirkan anak.

Keempat – dia akan merasa sakit apabila melahirkan anak.

Kelima – dia akan merasa jerih payah bila membesarkan anak. Bercengkung mata dan mendidiknya agar anaknya menjadi manusia soleh.

MEYEDARI TENTANG KEPAYAHAN INI, SUAMI SEPATUTNYA BERTIMBANG RASA KEPADA ISTERI DALAM HUBUNGAN KELAMIN.

Allah telah mengurniakan 99 bahagian KENIKMATAN kepada Kaum Perempuan apabila ia di setubuhi oleh suaminya. Maka jika suami dapat menjima’ isterinya DENGAN BAIK, ini dapat membangkitkan kenikmatan itu dan mengimbangi kepayahan yang di rasai oleh isteri apabila melakukan tugasnya sebagai pakaian suami. Bila isteri mahu memakai suaminya, maka suami patut melayaninya pula.

Sepatutnya kenikmatan atau kepuasan suami dalam jima’ bergantung kepada samada isterinya mendapatkan menikmatan dan kepuasan. Ini kerana jima’ itu tugas saling memberi dan menerima antara dua hati.

Menjima’ isteri tidak semestinya memberikan kenikmatan kepadanya. Mungkin aja dia merasa sakit tau tidak puas... tetapi dia malu untuk menyatakannya. Maka suami patut mengetahui dengan terperinci mengenai rahsia-rahsia tubuh isterinya, dari berbagai segi, bagi mengatasi masalah-masalah yang disebutkan. Dengan itu maka jima’ akan dapat di lakukan dengan lebih adil dan bertanggung jawab, BUKAN Sekadar memuaskan nafsu sendiri dan menunjuk kegagahan.


0 Comments:

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...