Support my blog by clicking the Ads, TQ

TANGAN YANG MEMBERI LEBIH MULIA DARIPADA TANGAN YANG MENERIMA. SEKECIL MANA SUMBANGAN YANG DI HULURKAN, IA CUKUP BERMAKNA KEPADA SI PENERIMA YANG HIDUP SERBA KEKURANGAN, MALAH ‘BUAH TANGAN’ YANG TIDAK SEBERAPA ITU MAMPU MENERBITKAN SENYUMAN, WALAUPUN CUMA UNTUK SEKETIKA

Search This Blog

Kaabah enggan bergerak !!!

Friday, March 27, 2009


Salam,

Baru dapat dari email...nak share tuk orang islam yang baca blog aku yang sederhana ini..Rasa nak nangis bila membaca. Rindu pula nak pergi lagi ke Tanah Suci...paling akhir aku ke tanah suci pada tahun 2002 (umrah saja belum naik haji lagi). Semoga Allah murahkan rezeki dan semoga dapat tawaf mengelilingi kaabah lagi...

Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman, tok guru dah mula kuliah. Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak.Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf. Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya.

Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga.

Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak. Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir.. Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.

Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka.

Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku....Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....


How nice kan .... bersyukur sekiranya dapat mengerjakan haji dan umrah.....

p/s

Siapa yang mampu untuk ke Mekah...sila2 kan lah...menjadi tetamu Allah...ketika masih muda dan kuat agar langkah & setiap nafas kita gagah dan di berkati oleh Allah swt...

Kebahagiaan itu pasti datang, namun sejauhmanakah kita mengingati Allah dalam urusan dunia kita?
Wahhahua'lam...bissawab

2 Comments:

tidak dikehendaki said...

memang tengah giat sekarang kumpul wang untuk kesana.. harap2 dapat ke sana sementara masih kuat..

& u 2.. ;)

Indah Cuma Seketika.... said...

alhamdulillah...amin...semoga cepat terlaksana...

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...