Support my blog by clicking the Ads, TQ

TANGAN YANG MEMBERI LEBIH MULIA DARIPADA TANGAN YANG MENERIMA. SEKECIL MANA SUMBANGAN YANG DI HULURKAN, IA CUKUP BERMAKNA KEPADA SI PENERIMA YANG HIDUP SERBA KEKURANGAN, MALAH ‘BUAH TANGAN’ YANG TIDAK SEBERAPA ITU MAMPU MENERBITKAN SENYUMAN, WALAUPUN CUMA UNTUK SEKETIKA

Search This Blog

Ramadhan Relief Show Your Care 2011 Programme

Thursday, June 16, 2011




















Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadaNya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh”.
Al – Munafiqoon 63:10

Ramadhan kembali lagi… dan tahun ini Islamic Relief Malaysia kembali melaksanakan Program Bantuan Ramadhan  atau Ramadhan Relief Show Your Care 2011 (sebelum ini dikenali dengan Ramadhan Feed The Fasting). 

Program Ramadhan Relief Show Your Care 2011 adalah sebuah program anjuran Islamic Relief Malaysia yang dianjurkan atas matlamat meringankan beban fakir miskin pada bulan Ramadhan. Melalui program ini, penerima manfaat akan dibekalkan dengan pek makanan yang mengandungi makanan asas dan seimbang nutrisinya; karbohidrat, tenaga, protein dan lemak seperti beras, gula, tepung, minyak masak, garam dan lain-lain.

Program Ramadhan Relief Show Your Care 2011 sedang dijalankan secara serentak melalui cawangan-cawangan Islamic Relief di seluruh dunia termasuk Malaysia. Pek makanan yang diagihkan berisi makanan asasi mengikut kesesuaian budaya  dan geografi penduduk di negara tersebut. 

Setiap pek bernilai RM50 dijangka akan dapat menampung bekalan makanan untuk berbuka puasa bagi sebuah keluarga yang terdiri daripada tiga ke lima orang selama beberapa minggu pada bulan Ramadhan. Penerima manfaat terpilih adalah terdiri daripada golongan fakir, mislin, ibu tunggal, anak-anak yatim golongan orang kelainan upaya, warga emas dan golongan yang layak mengikut pemerhatian serta kriteria yang ditetapkan oleh IRM.
Program ini akan dilanjutkan dengan kempen Eid Gift pada bulan Syawal bertujuan unutk membantu golongan yang kurang bernasib baik berhari raya dengan lebih ceria.

Tahun 2010, Islamic Relief Malaysia telah mengagihkan pek bantuan makanan kepada 5,610 buah keluarga. Bagi tahun 2011 pula, kami mensasarkan untuk mengagihkan bantuan kepada lebih 6,000 keluarga di seluruh Malaysia.  

Sebarang bantuan yang ingin dihulurkan, orang ramai boleh menghubungi pihak Islamic Relief Malaysia di talian 03-89486334.
Info:

· 2009 - Islamic Relief Worldwide telah berjaya mengagihkan 116,267 pek makanan kepada lebih 646,084 penerima di serata dunia.

· 2010 -  Islamic Relief Worldwide telah mengagihkan 135,617 pek makanan kepada lebih 775,346 orang di 25 buah negara.
Islamic Relief telah dan sedang menjalankan program Ramadhan Relief di Negara-negara ini: 

· Afghanistan, Albania, Bangladesh, Bosnia, Chad, Chehnya, China, Mesir, Ethiopia, India, Indonesia, Iraq, Jordan, Kenya, Kosovo, Lebanon, Malawi, Mali, Niger, Pakistan, Palestin, Somalia, Sri Lanka, Sudan dan Yaman. 

0 Comments:

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...