Support my blog by clicking the Ads, TQ

TANGAN YANG MEMBERI LEBIH MULIA DARIPADA TANGAN YANG MENERIMA. SEKECIL MANA SUMBANGAN YANG DI HULURKAN, IA CUKUP BERMAKNA KEPADA SI PENERIMA YANG HIDUP SERBA KEKURANGAN, MALAH ‘BUAH TANGAN’ YANG TIDAK SEBERAPA ITU MAMPU MENERBITKAN SENYUMAN, WALAUPUN CUMA UNTUK SEKETIKA

Search This Blog

Loading...

Asma' 1 Allah

Friday, November 5, 2010

ALLAH
Lafaz al-Jalalah

Lafaz Jalalah ialah salah satu nama Allah Yang Paling Agung, Dzat Yang Wajib al-Wujud dan Yang Maha Berhak untuk memperolehi pujian.

Dzikirnya ialah Ya Allah
Di antara fadhilahnya ialah :

1. Sesiapa membacanya sebanyak 5,000 kali setiap malam, selama satu bulan, in sya Allah segala yang di hajatkannya akan tercapai.

2. Barang siapa yang mengucapkannya sebanyak 5,000 kali setiap hari, in sya Allah akan datang kepadanya rezeki dari segala penjuru.

3. Barang siapa yang membacanya sebanyak 66 kali setiap selesai menunaikan solat fardhu, selama 66 hari in sya Allah namanya akan harum dan akan memperolehi kebaikan yang banyak. Bahkan lebih baik lagi jika di amalkan sepanjang masa.

4. Barang siapa ang membacanya dan di lanjutkan dengan Ya Hay (asma' 63) sehingga menjadi Ya Allah Ya Hay sebanyak 1,000 kali setiap hari, in sya Allah akan memperolehi keyakinan yang kukuh.

5. Barang siapa yang menucapkannya sebanyak 100 kali sebelum menunaikan solat Jumaat dalam keadaan suci, in sya Allah akan di mudahkan baginya segala yang di tuntut dan di perjuangkannya.

6. Barang siapa yang mengucapkannya sebanyak 200 kali setiap selesai solat Jumaat, in sya Allah semua urusannya akan di mudahkan.

0 Comments:

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...