Monday, December 7, 2009
Salam & hola,
Setiap kejadian alam pasti ada pasangannya. Jika ada kekuatan maka ada pula kelemahannya. Lelaki dikaitkan dengan kekuatan, maka lelaki adalah yang kanan.
Menurut agama Islam, Kristian juga Yahudi, Hawa di jadikan dari tulang rusuk kiri Adam (floating rib) yang bengkok. Kejadian bahagian kiri dan kanan adalah fenomena alam, dan mempunyai rahsia yang tersendiri. Nafas kanan dikaitkan dengan kekuatan, sedangkan nafas kiri dengan kelemahan.
Menurut pengetahuan bangsa Cina, lelaki itu Yang dan perempuan itu Yin. Kanan dikaitkan dengan kekautan dan kiri dengan kelemahan. Kanan adalah akal dan kiri adalah nafsu.
Seorang wanita adalah kejadian dari yang kiri berarti kelemahan. Masyarakat Melayu dahulu menyatakan bahawa bahagian yang kiri adalah bahagian kelemahan wanita dan mudah di rangsang.
Bahagian kiri adalah bahagian yang paling mudah untuk memayahkan wanita, yang bisa menerbitkan rasa resah gelisah serta ghairah nafsu jika disentuh oleh kejadian yang kanan, iaitu lelaki. Rangsangan ke bahagian kiri isteri adalah mudah kerana suami biasanya akan mendatangi dari bahagian yang hadapan dan tangan kanan suami paling mudah merangsang bahagian tubuh isteri sebelah kiri.
Islam menyarankan agar memulai dengan bahagian yang kanan. Ini tidak bercanggah dengan rahsia bahagian kiri kerana dalam Istima’ cara Islam, akan disusuli pula ke bahagian yang kiri sebagai puncak rangsangan dan lubuk kelemahan.
Nafsu isteri itu beredar mengikut waktu. Sukar untuk di pastikan di mana kelemahan berada pada suatu masa. Antara kaedah yang baik ialah menyasarkan rangsangan ke bahagian yang kiri. Cari bahagian mana pada tubuh yang paling lemah dan terasa geli dan rangsangi tempat itu sebelum jimak.
Tempat tempat yang mungkin tersembunyi nafsu ghairah ialah :
1. Tepi lehir sebelah kiri dan kawasan bawah telinga.
2. Kawasan cuping telinga kiri dan seluruh telinga kiri.
3. Tengkuk iaitu sebelah kiri di bawah rambut.
4. Peha, iaitu sebelah dalam peha yang kiri.
5. Buah dada serta putingnya yang sebelah kiri.
6. Rusuk serta bawah rusuk yang kiri.
7. Pinggul sebelah kiri, terutamanya kawasan tulang pinggul.
8. Lubang telinga sebelah kiri, tiup dengan perlahan lahan.
Jika di lakukan dengan lemah lembut dan berhati hati, maka akan mudahlah meningkatnya ghairah isteri.
0 Comments:
Post a Comment