Support my blog by clicking the Ads, TQ

TANGAN YANG MEMBERI LEBIH MULIA DARIPADA TANGAN YANG MENERIMA. SEKECIL MANA SUMBANGAN YANG DI HULURKAN, IA CUKUP BERMAKNA KEPADA SI PENERIMA YANG HIDUP SERBA KEKURANGAN, MALAH ‘BUAH TANGAN’ YANG TIDAK SEBERAPA ITU MAMPU MENERBITKAN SENYUMAN, WALAUPUN CUMA UNTUK SEKETIKA

Search This Blog

Loading...

SNB: Kejadian Wanita

Sunday, October 18, 2009


Lelaki yang bakal menjadi suami, sepatutnya mengetahui kejadian tubuh wanita dan sifat sifat mereka. Kejadian wanita itu tidak sama dengan kejadian lelaki dari aspek-aspek berikut:

  1. Susunan badan wanita hampir sama dengan susunan badan kanak-kanak, menyebabkan wanita itu berperasaan yang keras, mudah terpengaruh oleh peristiwa suka dan duka, khuatir dan lainnya. Kenangan akan mempengaruhi emosinya untuk jangka watu yang agak lama. Emosi yang kuat pada wanita adalah sifat yang sesuai untuk mendidik anak-anak.
  2. Kepala wanita dewasa lebih kecil daripada lelaki. Ini tanda bahawa akal wanita kurang dari akal lelaki. Pada lelaki itu banyak kecerdikan dan kecerdasan, pada wanita lebih banyak keributan dan kekacauan. Perasaan wanita jauh lebih lemah.
  3. Kulit daging wanita umumnya halus dan lunak, dagingnya lemah, hujungan daging lembut, penghujung urat juga lebih lembut. Hubungan urat dengan daging adalah amat lemah serta tipis seratan dagingnya.
  4. Tulang wanita terutamanya tulang dada dan punggung adalah berlainan dari lelaki. Kejadian tulang itu agak menyulitkan wanita berjalan, mengakibatkan wanita berjalan dengan cara atau lenggok tertentu.
  5. Anggota tubuh wanita mengandungi banyak halia. Di dalam halia terkandung banyak lemak. Maka pada tubuh wanita di dapati banyak mengandungi lemak dan lebih sejuk.
  6. Saluran darah serta urat saraf wanita lebih kecil dan sempit. Ini menyebabkan kumpulan urat saraf wanita lebih mudah dari segi kejadiannya dan lebih subur.
  7. Rambut wanita lebih subur dan ini menyebabkan rambut boleh tumbuh dengan panjang dan lebat, sebagai pasangan kepada akalnya yang pendek.
  8. Wanita mempunyai sifat yang suka menunjuk-nunjuk akan rupa parasnya dan bentuk badannya. Suka di puji akan kecantikkannya, dan suka menghias dirinya untuk mendapatkan pujian. Maka wanita yang solih adalah lebih baik di pilih menjadi bakal isteri agar sifat-sifat ini hanya di tonjolkan kepada suaminya saja.
  9. Wanita akan melakukan apa saja kerana perasaan sayangnya kepada suaminya dan anaknya. Perasaan ini biasanya perlu di nasihati oleh suaminya kerana akan cenderung bagi isteri itu terlalu memanjakan anak, atau terlalu mengambil berat tentang hal ehwal suami, yang membuatkan suami berasa kurang senang. Namun itu dilakukan atas perasaan sayang.

0 Comments:

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...