Support my blog by clicking the Ads, TQ

TANGAN YANG MEMBERI LEBIH MULIA DARIPADA TANGAN YANG MENERIMA. SEKECIL MANA SUMBANGAN YANG DI HULURKAN, IA CUKUP BERMAKNA KEPADA SI PENERIMA YANG HIDUP SERBA KEKURANGAN, MALAH ‘BUAH TANGAN’ YANG TIDAK SEBERAPA ITU MAMPU MENERBITKAN SENYUMAN, WALAUPUN CUMA UNTUK SEKETIKA

Search This Blog

Jadual malam lailatul-qadar

Monday, August 29, 2011



As Salam Ramadhan,
Hukum Iktikaf
Hukumnya sunat muakkadah (Yang benar-benar dituntut) pada 10 hari terakhir ramadhan kerana mengharapkan malam lailatul-qadar.

Jadual Malam Lailatul Qadar
Berkata Imam Ghazali Rahimahullah "lalilatul qadar itu ialah pada malam-malam ganjil didalam sepuluh hari terakhir ramadhan." . Beliau juga memberikan formula mendapatkannya seperti jadual dibawah:


Jika awal ramadhan, MALAM LAILATUL QADAR
jatuh pada hari........
Ahad atau Rabu ------------ Malam 29 Ramadhan
Isnin ----------------------- Malam 21 Ramadhan
Selasa atau Jumaat -------- Malam 27 Ramadhan
Khamis -------------------- Malam 25 Ramadhan
Sabtu ---------------------- Malam 23 Ramadhan

Berkata Sheikh Abu Hasan "semenjak aku baligh, aku tidak pernah terlepas mendapatkan malam lailatul qadar dengan kaedah tersebut"

Kaedah ini diambil dari kitab Mathlak Badraian karangan Muhammad Daud Al Fathani, Rujuk Mukasurat 65

TOLONG SEBARKAN KEPADA KENALAN ANDA, moga-moga ianya berguna dalam kita meniti hari-hari terakhir ramadhan kerana mengharapkan ganjaran malam lailatul qadar itu tinggi nilainya seperti beramal 1000 bulan (Rujuk Surah Al Qadr) iaitu bersamaan 83 tahun. Kita tidak dapat yakini, adakah kita dapat lagi menemui ramadhan di tahun hadapan kerana ajal maut tidak memilah umur, masa dan tempat . Olehitu janganlah kita mendabik dada akan sempat hidup lagi dihadapan hari. Lakukanlah dalam urusan duniamu seolah-olah awak akan hidup selamanya, dan buatlah urusan akhiratmu seolah-olah awak akan mati esok hari. Wallahu 'alam bis sawab..

2 Comments:

SUCI KUDUS said...

suka entri ni. tp bukan ke sabtu tu 21 ramadhan? erm, jadual tu thn ni pnye ke?

Indah Cuma Seketika.... said...

kat Malaysia yg hari pertama ramadhannya pada hari Isnin, kemungkinan besar mengikut jadual ini, malam lailatul qadar jatuh pada malam semalam iaitu pada malam minggu bersamaan 21 ramadhan atau malam tanggal 20 ogos.

Jadual ni bukan untuk tahun ni saja, untuk tahun tahun yang akan datang juga.... apapun yang terbaiknya kita lebihkan amalan kita pada 10 malam terakhir ini, selamat berpuasa kak suci.

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...