Sunday, August 28, 2011
NIAT PUASA FARDHU RAMADAN
Selamat menyambut bulan Mulia Ramadan yang akan datang tiba dan semoga dapat berpuasa sebulan dan beramal soleh sepanjang bulan mulia nanti. Tapi jangan lupa Niat dan banyakkan berdo'a,
semoga segala amalan kita diterima Allah swt
dan diampunkan segala dosa, ditetapkan iman, disucikan hati
dan dirahmati, insyallah
Sekian Wassalam
NIAT PUASA FARDHU RAMADHAN
1) Lafaz Niat Puasa Pada Setiap Malam
• Nawaitu Shauma Ghadiin 'An Adaa'ie Fardhi Ramadhaana Haazihis Sanati Lillahi Ta'Ala
• "Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Ta'ala."
2) Lafaz Niat Puasa Untuk Satu Bulan
• Nawaitu Shauma Shahri Ramadhaana Kullihii Haazihis Sanati Lillahi Ta'Ala
• "Sahaja aku puasa bulan Ramadhan seluruhnya pada tahun ini kerana Allah Taala".
3) Adapun sekurang-kurang lafaz niat puasa Ramadhan itu ialah
• Nawaitu Shauma Ramadhaana
• "Sahaja aku puasa Ramadhan."
4) Bacaan Hendak Berbuka Puasa
• Allah Huma Laka Sumtu Wabika 'A Mantu Wa'alla Rizqi Ka'af Thartu Birah Matika Yaa Har Hamar Rahimiin
• "Ya Tuhanku, keranaMu jua aku berpuasa, dan denganMu aku beriman dan di atas rezekiMu aku berbuka dengan belas kasihMu Ya Allah yang Amat Mengasihi"
SELAMAT DATANG RAMADHAN AL MUBARAK
Sejarah Ramadhan
1) Ramadhan: ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)
Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberkatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi buka banyak pahala
9) Bulan keampunan
* doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
* juga doa pada sepertiga malam.
10) 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.
1 Comment:
salam,
setahun menghilang kini Ramadhan muncul kembali. Bulan yang dinanti-nanti penuh dengan kerahmatan.Semoga dikurniakan kesihatan sempurna dan dikuatkan iman untuk kita menyusuri Ramadhan dengan tenang.Usah dihitung ganjaran yang bakal diperolehi, tetapi pengisian erti beribadah itu yang dicari. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.
Post a Comment