Support my blog by clicking the Ads, TQ

TANGAN YANG MEMBERI LEBIH MULIA DARIPADA TANGAN YANG MENERIMA. SEKECIL MANA SUMBANGAN YANG DI HULURKAN, IA CUKUP BERMAKNA KEPADA SI PENERIMA YANG HIDUP SERBA KEKURANGAN, MALAH ‘BUAH TANGAN’ YANG TIDAK SEBERAPA ITU MAMPU MENERBITKAN SENYUMAN, WALAUPUN CUMA UNTUK SEKETIKA

Search This Blog

Cerita Manusiawi - Sepotong Aiskrim 3 (Mesti Baca)

Saturday, July 11, 2009


Salam & hola,
Aku baru baca dari blog Blowing Bubbles , rasanya aku harus posting in my blog....


Saya fikir cerita ini sudah tamat. Petang tadi sewaktu dalam perjalanan pulang ke kampung,saya menerima panggilan telefon daripada rakan sukarelawan saya itu. Beliau mengkhabarkan bahawa sewa rumah keluarga Hazim tertunggak sebanyak RM2480.

Minggu depan mereka terpaksa keluar dari rumah itu.Hazim baru sahaja pulang ke rumah dan akan kembali ke hospital pada 13hb Julai sehingga 15hb Julai ini.


Saya segera menghantar SMS kepada rakan-rakan terdekat.Jumlah itu sudah berkurangan sebanyak RM200.Tinggal lagi RM2280 untuk diselesaikan.


Sebagai langkah kecemasan,Dana yang dikumpul untuk membayar bil elektrik yang tertunggak itu terpaksa didahulukan untuk menjelaskan sebahagian daripada sewa rumah yang juga tertunggak itu.

Hazim terpaksa melupakan dahulu aiskrim kegemarannya.
aiskrim,peti sejuk dan bil elektrik yang perlu dibayar tidak memberi apa-apa makna bagi Hazim,jika tempat mereka berteduh sudah tiada.

Sekali saya dengan rendah hati mengalu-alukan bantuan tuan-tuan dan puan-puan untuk membantu Hazim.

Saya boleh dihubungi melalui emel: adabi99@yahoo.com atau telefon: 019-2665157.

0 Comments:

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...