Support my blog by clicking the Ads, TQ

TANGAN YANG MEMBERI LEBIH MULIA DARIPADA TANGAN YANG MENERIMA. SEKECIL MANA SUMBANGAN YANG DI HULURKAN, IA CUKUP BERMAKNA KEPADA SI PENERIMA YANG HIDUP SERBA KEKURANGAN, MALAH ‘BUAH TANGAN’ YANG TIDAK SEBERAPA ITU MAMPU MENERBITKAN SENYUMAN, WALAUPUN CUMA UNTUK SEKETIKA

Search This Blog

Asma' 9 Al-'Aziiz

Friday, December 31, 2010

AL-'AZIIZ
Yang Maha Mulia

Allah Taala Maha Mulia, Dia Mampu Melakukan segala sesuatu yang di kehendaki Nya tanpa pertolongan orang lain.
Dzikirnya ialah: Ya 'Aziiz
Di antara fadhilah ialah:

1. Barangsiapa yang mengucapkannya  sebanyak 40 kali setiap hari selama 40 hari, in sya Allah dia akan di kurniai kekayaan dan di muliakan oleh Allah serta tidak berhajat untuk bergantung kepada makhluk. Sebaik baiknya dzikir ini di ucapkan selepas menunaikan solat Subuh.

2. Barangsiapa yang mengucapkannya sebanyak 200 kali sebelum Subuh pada musim kemarau, in sya Allah hujan akan turun di antara pukul 2 hingga pukul 3 petang.

3. Barangsiapa yang senantiasa mengucapkannya, in sya Allah dia akan memperolehi rezeki dari sumber yang tidak di sangka sangkanya.

Asma' 8 Al-Muhaimin

Friday, December 24, 2010

AL-MUHAIMIN
Yang Maha Memelihara

Allah Taala Maha Memelihara dna Maha Melindungi segala sesuatu yang ada di bumi dan di langit.
Dzikirnya ialah: Ya Muhaimin
Di antara fadhilahnya ialah:

1. Barangsiapa yang mengucapkannya sebanyak 100 kali selepas melakukan solat dua rakaat, terutama solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam in sya Allah akan dibersihkan dirinya zahir dan batin, dan hatinya akn sentiasa bercahaya.

2. Barangsiapa yang mengucapkannya sebanyak 145 kali selepas solat 'Isyak, in sya Allah akan kuat ingatannya.

3. Barangsiapa yang mengucapkannya sebanyak 40 kali setiap hari, in sya Allah dia akan merasa aman dan tenteram.

4. Barangsiapa yang mengucapkannya sebanyak 101 kali setiap hari, in sya Allah segala keinginannya akan tercapai. Jika diamalkan sepanjang waktu, in sya Allah orang yang mengamalkannya itu akan mengetahui perkara yang ghaib.

Asma' 7 Al-Mu'min

Friday, December 17, 2010

AL-MU'MIN
Yang Maha Memelihara Keamanan

Allah Taala Maha Memelihara Keamanan dan Maha Terpecaya . Dia tidak akan memungkiri janjiNya. Dia akan menyeksa setiap orang yang melakukan maksiat dan akan memberi pahala kepada sesiapa yang taat kepadaNya.
Dzikirnya ialah: Ya Mu'min
Di antara fadhilahnya ialah:

1. Barangsiapa yang mengucapkannya sebanyak 136 kali, in sya Allah akan amanlah harta dan dirinya daripada sesuatu yang menakutkan.

2. Barangsiapa yang mengucapkannya tanpa had bilangan tertentu, in sya Allah dia akan terselamat daripada bencana.

3. Jika dzikir ini di jadikan sebagai wirid, in sya Allah akan bertambahlah keimanannya.

4. Barangsiapa yang mengucapkannya sebanyak 136 kali setiap hari, in sya Allah Nur Islam akan memancar di wajahnya, dan syaitan tidak akan berani menghampir kepadanya.

Asma' 6 Al-Salaam

Friday, December 10, 2010

AL-SALAAM
Yang Maha Menyelamatkan

Allah Taala adalah Pemberi kesejahteraan, keamanan dan ketenteraman kepada semua makhluk Nya, terutama kepada para hamba Nya yang beriman.
Dzikirnya ialah Ya Salaam
Di antara fadhilahnya ialah:

1. Barangsiapa yang membacanya sebanyak 160 kali di samping orang yang sedang sakit, in sya Allah penyakitnya akan sembuh, selagi belum datang ajalnya, sekurang kurangnya penyakitnya akan berkurang daripada biasa.

2. Barangsiapa yang membaca

sebanyak 28 kali seetiap hari, ketika merebaknya penyakit berjangkit, in sya Allah dia akan terhindar daripada penyakit itu.

3. Barangsiapa yang membaca

sebanyak 100 setiap hari, in sya Allah dia tidak akan merasakan pedihnya sakarat al-maut.

Asma' 5 Al-Qudduus

Friday, December 3, 2010


AL-QUDDUUS
Yang Maha Suci

Allah Taala Maha Suci daripada segala cacat, cela dan kekurangan sebagaimana sifat yang dimiliki oleh makhluk Nya.
Dzikirnya ialah Ya Qudduus
Di antara fadhilahnya ialah:

1. Barangsiapa yang mengucapkannya sebanyak 100 kali ketika tergelincir matahari setiap hari, in sya Allah akan bersih jiwanya daripada sifat-sifat madzmumah, seperti sombong, tamak, hasad, iri hati, riya' dan seumpamanya.

2. Barangsiapa yang mengucapkannya sebanyak 100 kali pada sebarang waktu setiap hari, in sya Allah dia akan bebas daripada perasaan bimbang dan ragu.

3. Barangsiapa yang mengucapkannya sebanyak 1000 kali, in sya Allah dia akan di selamatkan daripada segala malapetaka.

4. Barangsiapa yang mengucapkannya 1000 kali setiap hari, in sya Allah semua impiannya akan tercapai.


Asma' 4 Al-Malik

Friday, November 26, 2010


AL-MALIK
Yang Maha Merajai

Allah Taala Maha Merajai dan Mengatur Kerajaan Nya sesuai dengan apa yang di kehendaki Nya.
Dzikirnya ialah Ya Malik
Di antara fadhilahnya ialah:

1. Barangsiapa yang mengucapkannya di setiap tempat dan waktu, in sya Allah dia akan di hormati dan memperolehi layanan yang sewajarnya daripada orang lain.

2. Barangsiapa yang mengucapkannya sebanyak 121 kali selepas terbit fajar atau setelah tergelincir matahari setiap hari, in sya Allah akan di bukakan untuknya pintu kekayaan oleh Allah Taala.

3. Barangsiapa yang mengucapkannya sebanyak 100 kali setiap selesai solat Subuh, in sya Allah bantuanNya akan datang dan musuh tidak akan dapat mendatangkan bencana kepadanya.

4. Barangsiapa yang mengucapkannya setiap masa, in sya Allah kedudukkannya akan tetap, dan bagi yang memiliki kuasa, in sya Allah akan tetap berkuasa.

Asma' 3 Al-Rahiim

Friday, November 19, 2010

AL-RAHIIM
Yang Maha Penyayang

Allah Taala Maha Pnyayang kepada hamba-hamba Nya yang beriman dan taat kepada Nya terutama di akhirat kelak.

Dzikirnya ialah Ya Rahiim
Di antara fadhilahnya ialah:

1. Barangsiapa yang mengucapkannya sebanyak 100 kali setiap hari. In sya Allah akan dilembutkan hatinya oleh Allah Taala dan akan wujud di dalam hatinya perasaan kasih sayang di antara sesama makhluk.

2. Barangsiapa yang mengucapkannya 100 kali setiap selesai solat Subuh, in sya Allah dia akan di sayang dan di sukai oleh semua orang

3. Barangsiapa yang mengucapkannya secara bersambung dengan dzikir nombor dua, sehingga dzikirnya berbunyi:   Ya Rahiim Ya Rahmaan
dan mengucapkannya sebanyak 100 kali, ketika dia di timpa sesuatu yang tidak di ingininya. In sya Allah dia akan di selamatkan daripada perkara yang tidak di ingininya itu.

Asma' 2 Al-Rahmaan

Friday, November 12, 2010

Yang Maha Pengasih

Allah Taala Maha Pengasih, Maha Pemberi nikmat kepada hambaNya. Sifat Pengasih Allah meliputi seluruh makluk yang ada di alam raya ini.

Dzikirnya ialah Ya Rahmaan

Di antara fadhilahnya ialah:

1. Barang siapa yang mengucapkannya sebanyak 100 kali setiap selesai menunaikan solat fardhu, in sya Allah ingatannya akan kuat, dan segala sifat pelupa akan lenyap dari dirinya.

2. Apabila anak anak malas belajar, ucapkanlah dzikir ini sebanyak 5 kali dan tiupkan ke dalam air, kemudian di minumkan kepada mereka, in sya Allah anak anak itu akan rajin belajar.

3. Barang siapa yang mengucapkannya sebanyak 40 kali ke dalam telinga orang yang berpenyakit sawan dengan satu nafas, in sya Allah penyakitnya akan reda, jika dia orang yang beriman.

4. Barang siapa yang mengucapkannya sebanyak 298 kali setiap selesai solat Subuh, in sya Allah dia akan memperolehi rahmat Nya.


Asma' 1 Allah

Friday, November 5, 2010

ALLAH
Lafaz al-Jalalah

Lafaz Jalalah ialah salah satu nama Allah Yang Paling Agung, Dzat Yang Wajib al-Wujud dan Yang Maha Berhak untuk memperolehi pujian.

Dzikirnya ialah Ya Allah
Di antara fadhilahnya ialah :

1. Sesiapa membacanya sebanyak 5,000 kali setiap malam, selama satu bulan, in sya Allah segala yang di hajatkannya akan tercapai.

2. Barang siapa yang mengucapkannya sebanyak 5,000 kali setiap hari, in sya Allah akan datang kepadanya rezeki dari segala penjuru.

3. Barang siapa yang membacanya sebanyak 66 kali setiap selesai menunaikan solat fardhu, selama 66 hari in sya Allah namanya akan harum dan akan memperolehi kebaikan yang banyak. Bahkan lebih baik lagi jika di amalkan sepanjang masa.

4. Barang siapa ang membacanya dan di lanjutkan dengan Ya Hay (asma' 63) sehingga menjadi Ya Allah Ya Hay sebanyak 1,000 kali setiap hari, in sya Allah akan memperolehi keyakinan yang kukuh.

5. Barang siapa yang menucapkannya sebanyak 100 kali sebelum menunaikan solat Jumaat dalam keadaan suci, in sya Allah akan di mudahkan baginya segala yang di tuntut dan di perjuangkannya.

6. Barang siapa yang mengucapkannya sebanyak 200 kali setiap selesai solat Jumaat, in sya Allah semua urusannya akan di mudahkan.

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...