Support my blog by clicking the Ads, TQ

TANGAN YANG MEMBERI LEBIH MULIA DARIPADA TANGAN YANG MENERIMA. SEKECIL MANA SUMBANGAN YANG DI HULURKAN, IA CUKUP BERMAKNA KEPADA SI PENERIMA YANG HIDUP SERBA KEKURANGAN, MALAH ‘BUAH TANGAN’ YANG TIDAK SEBERAPA ITU MAMPU MENERBITKAN SENYUMAN, WALAUPUN CUMA UNTUK SEKETIKA

Search This Blog

Menghambakan Teknologi atau Menjadi Hamba pada Teknologi

Wednesday, December 1, 2010

Assalamualaikum wrt

Terkejut bila mendengar berita ada orang sanggup bangun 2 pagi kerana nak "harvest" dalam game di facebook. Ada juga kena berwaspada kerana nak beri makan dalam game di facebook.
Itu belum cerita lagi kisah chatting sehingga lupakan anak dan isteri..makan dan minum.


Ada juga yang sibuk meng"update" handphone yang ada.... baru beli 2 bulan dah nak tukar kerana ada keluar yang lebih canggih. Sibuk menyaksikan filem mp4 dalam handphone.... pendekata, teknologi sudah mewarnai kehidupan masyarakat kita ... yang kaya dengan gaya kekayaannya dan yang miskin dengan kemampuan mereka.... paling-paling lekeh ialah earphone yang tersangkut kat telinga .....hampir 24 jam mendengar musik demi musik.

 Salah ke? Tak boleh ke?  Kalau perkara-perkara itu menjadi keutamaan dari perkara-perkara yang lebih utama - ia menjadi lagha atau sia-sia. Hendak bangun tahajjud jam 3.00 pagi susah ... tapi nak tengok perlawanan bola dunia - tiada masalah. Hendak mendengar kuliah 1 jam masalah - tapi nak menghadap komputer 3 atau 4 jam - no problem. Jika inilah suasananya - kita telah menjadi hamba kepada teknologi.

Saya bersyukur contohnya mempunyai Sony Ericson W955a. - 8 Mpixel - tapi walkman... mempunyai 3.5mm jack yang berupaya dimasukkan headphone. Memory 8 Gbyte. Masya Allah banyak betul ceramah yang boleh dimasukkan. Sambil basuh carpet - banyak betul ilmu yang saya perolehi berkenaan dengan sejarah hidup Rasulullah saw. Saya bersyukur kerana ia telah dapat saya hambakan untuk mendekatkan diri kepada ALlah swt.

Bagaimana hendak menjadikan teknologi ini hamba kepada kita - satu syarat utama - kita jadi hamba pada Allah swt. Jadikan mencari redha Allah itu sebagai perkara utama.  Barulah hp kita akan dipenuhi dengan ceramah agama yang di download dari internet. Barulah nanti facebook kita digunakan untuk menyebarkan Islam demi mencari keredhaan ALlah.

Barulah nanti kemahiran kita menggunakan kamera digunakan untuk menghebahkan perkara-perkara kebaikan. Maka hidup kita akan lebih bermakna. Teknologi dimanafaatkan sepenuhnya untuk mencari redha Allah.

Moga Allah memudahkan kita untuk terus menerus menghambakan teknologi untuk mendekatkan diri pada Allah. Mengabaikan teknologi ini - akan merugikan kita sebenarnya. Teringat satu kenyataan seorang pendakwah di Timur Tengah..."akan sampai satu ketika nanti - Islam akan memasuki setiap pintu rumah ...melalui internet" Bagi yang belum menyaksikannya - silalah saksikan nasyid 
 Open Your Eyes yang saya adunkannya sendiri demi digunakan dalam ceramah saya.


Wassalam

Dr Hishamuddin Alham

0 Comments:

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...