Sunday, April 18, 2010
Salam & hola,
Bahawasanya nafas dari lubang hidung kanan itu Matahari dan nafas dari lubang hidung kiri itu bulan. Kata setengah para ilmuan dan tabib, nafas yang di kanan dinamakan Sejahtera dan yang kiri itu Bahaya.
Sekiranya seseorang insan membiasakan bernafas Syams (Matahari) maka dia tidak akan di serang penyakit sejuk dan dingin dan tiada juga terkena bahaya buatan orang. Kesihatannya baik dan jika dia lelaki maka kekuatannya bertambah (tidak cepat lelah) dan lambat menjadi tua.
Jika seseorang itu terkena penyakit dingin maka pindahkan nafas kiri itu ke kanan, dan akan berubahlah menjadi panas semula badannya. Sebaliknya pula dilakukan jika dia terkena penyakit panas. Caranya menutup lubang hidung dengan menggunakan kapas.
Nafas insane tidak serentak keluarnya dari lubang hidung. Ia keluar secara berganti ganti. Ia hanya keluar dan masuk serentak ketika takut, terkejut,mendaki tempat tinggi, ketika bersetubuh, bertemu dengan seteru, ketika kesakitan, ghairah, dan ketika mahu berpusing ke kanan atau ke kiri akibat bertemunya kedua liang nafas. Jika insan berkehendakkan sesuatu hajat, maka hendaklah di kenal pasti samada orang yang insan itu berhajat dengannya sedang bernafas dengan nafas kanan atau kiri. Jika dia sedang bernafas dengan nafas kanan, maka datangi dia dari kanan, dan jika dia sedang bernafs dari hidung kiri maka datangi dia dari kirinya, Insya Allah , hajat akan berhasil.
Sekiranya orang membawa khabar baik, dan nafas insane pendengar adalah dari kanan maka sah khabar kebaikan itu. Jika nafas kiri maka, perlu diselidiki. Jika yang datang bertanyakan hal orang yang tiada dan pendengar bernafas kanan tetapi pemberita datang dari kiri maka yang di Tanya itu mungkin sedang sakit atau telah mati dan segala hajatnya tiada diperolehinya. Jika mahu ke satu tempat sedang nafas di kiri maka tiada tercapai hajat dan jika makan makanan mungkin akan jatuh sakit.
Jika jimak sedang nafas adalah kanan maka akan lambat inzal, jika jadi anak maka anak lelaki. Jika nafas kiri maka cepat inzal dan anak perempuan. Jika mahu dikasihi isteri, pada ketika jimak jika nafas suami dari kiri dan nafas isteri dari kanan maka temukan nafas suami dengan nafasnya. Caranya ialah, bila nafas isteri di hembus, suami sedut dengan sedalam dalamnya hingga 12 kali.
Jika berkelahi dengan seteru, andai nafas insan dari kanan maka berdirilah dikirinya dan begitulah sebaliknya nescaya menang. Tiada nafas yang keluar melainkan menguntungkan.
Nafas insan normal ialah 1,024 nafas setiap hari dan setiap nafas itu ada kelebihannya tersendiri. Demikian pendapat para ilmuan dan tabib mengenai rahsia bernafas, sebagaimana di catatkan di dalam Tajul Muluk, sebagai menambah pengetahuan.
0 Comments:
Post a Comment