Wednesday, April 21, 2010
Masjid Kg Pandan
Salam & hola,
Semalam aku solat maghrib & isyak berjemaah di salah satu masjid di daerah aku tinggal, masjid ini jarang aku solat berjemaah di dalamnya, maka nya orang yang aku kenal yang selalu solat berjemaah di masjid ini, bertanya kepadaku,
"hairan kamu soalt di Masjid ini....selalunya kamu solat di Masjid .......??? "
Masjid Jamalul Alam Kuala Belait
Setelah selesai solat maghrib, aku terjumpa seorang lagi yang aku kenal, dia pun merasa hairan aku solat di masjid yang bukan selalunya aku solat berjemaah....
Masjid Pekan Seria
Setelah selesai solat sunat sesudah magrhib, ada lagi seorang jemaah bertanya padaku...
Kamu masih lagi solat di Masjid itu kah....
Aku jawab, iya....dan sekarang aku solat di masjid ini cuma sekadar tukar angin saja....
Lumrah alam, orang akan pasti bertanya kalau kita lakukan sesuatu yang bukan kebiasaan kita... Aku cuma sekali sekala tukar suasana solat di masjid yang lain tapi masih di daerah aku tinggal, ketiga tiga masjid di atas ada yang dekat dengan rumahku iaitu sekitar 1 km, ada yang 3 km dan yang satu lagi 12km dari rumah aku.
2 Comments:
mereka cuma berasa hairan kerana sebelum ini tidak pernah melakukannya. bukan seperti kebiasaan, dan hati manusia sentiasa ingin ambil tahu.
memang bukan kebiasaan aku untuk solat berjemaah di masjid itu... walaupun hakikatnya masjid tersebut lebih dekat dengan tempat tinggal aku...
Post a Comment