Thursday, March 18, 2010
Salam & hola,
Dari laman Blog Ustaz Abdul Halim bin Abdullah, Seremban.
*************************************************
Fard Muslim asas binaan Tamaddun Islam
KISAH 1:
Suatu hari sedang saya minum di kedai, seorang cina menelefon katanya, “Saya mahu pulangkan handphone awak. Mana saya boleh jumpa awak?”
Pada awalnya saya belum dapat menangkap maksud beliau kerana handphone saya ada di tangan saya ketika itu. :Saya kurang faham apa awak cakap. Itu handphone apa? Siapa punya?”
Dia menjawab, “inin mungkin anak awak punya”.
Rupa rupanya dia menjumpai handphone anak saya, Kak Ngah di tempat letak kereta Jusco, Seremban. Dia pergi berbincang dengan kawannya, seorang penjual handphone untuk mengetahui bagaimana cara hendak mencari tuan punya handphone tersebut. Akhirnya mereka sepakat untuk menelefon nombor yang paling banyak digunakan oleh anak saya, iaitu yang tertulis “Baba”.
KETIKA BERBUAL DALAM TELEFON, DAN KETIKA BERTEMUNYA UNTUK MENGAMBIL KEMBALI HANDPHONE TERSEBUT, HATI SAYA TERHARU ATAS KEJUJURANNYA, DAN TERASA BERAT TANGGUNGAN UNTUK MENDIDIK UMAT MELAYU ISLAM AGAR MEMILIKI AKHLAK YANG SAMA.
Beliau:
1. 1. Berusaha memulangkan kembali handphone mahal milik orang lain yang di jumpainya.
2. 2. Tidak menunggu sehingga tuannya sendiri memanggilnya melalui handphone yang hilang itu.
3. 3. Berusaha terus secara berbincang dengan rakannya yang lebih mahir untuk mengetahui siapakah yang paling patut di hubungi, lalu mereka memutuskan untuk menelefon “Baba”.
Cerita sepenuhnya di http://inijalanku.wordpress.com/
0 Comments:
Post a Comment