Saturday, March 27, 2010
Salam & hola,
Apok adalah satu cara pernafasan dalam. Ia amat berguna bagi kesihatan badan dan ketahanan jimak. Apa yang diperlukan dalam jimak ialah stamina yang berpanjangan atau ketahanan. Perkara ini sukar di bina dan memerlukan latihan latihan jasmani yang sesuai. Sistem pernafasan Apok ialah salah satu dari kaedah yang boleh di lakukan bagi membina ketahanan tenaga batin jimak dan berguna bagi menjayakan kerja yang memerlukan banyak tenaga.
Caranya ialah dengan bertinggung sebagaimana photo di atas. Badan ditegakkan dan bahu perlu sejajar. Tarik nafas sedalam dalamnya, jika di rasakan mampu di sedut maka lakukan hingga tiada mampu. Setelah itu tahani nafas itu hingga tiada termampu. Kemudian hembus nafas itu secara perlahan lahan hingga tiada mampu menghembus. Tundukkan kepala perlahan lahan serentak dengan hembusan. Ulangi sekali lagi. Tariklah nafas dan hembus dengan perlahan.
Di katakana bahawa, jika sistem pernafasan ini telah biasa dilakukan, udara yang tinggal di dalam rongga jantung semasa menahan nafas adalah amat sedikit kerana telah meresap ke badan.
0 Comments:
Post a Comment