Tuesday, March 2, 2010
Salam & hola,
Ilmu orang orang Melayu yang mantap adalah berkisar kepada nafas. Secara khusus, Ilmu Persilatan Melayu adalah bidang yang banyak mempraktikkan amalan bernafas dengan betul serta amalan menyembunyikan nafas dan mengambil faedah dari rahsia rahsia nafas.
Dalam Ilmu Tabib Melayu, nafas di gunakan di dalam jampi serapah, iaitu dengan cara hembusan. Perkaitan langsung antara nafas dan ilmu senggama dapat di rujuk di dalam praktik Senaman Tenaga Batin dan kesehatan, biasanya di ajarkan secara lisan oleh yang ahli di bidang ini.
Ada antara disiplin Senaman Tenaga Batin melakukan gerakannya beserta dengan tarikan dan hembusan nafas. Biasanya, setelah berada di posisi awal gerakan senaman, maka nafas akan di tarik dengan perlahan dan dalam dalm hingga dapat di rasakan bahawa rongga jantung di penuhi oleh udara.
Nafas biasanya akan di tahan semasa gerakan senaman dilakukan, dan masa yang di ambil untuk menahan nafas ialah kira kira tujuh kiraan (satu kiraan kira kira 2 saat).
Nafas hanya akan di hembus apabila selesai gerakan senaman utama, dan ia di hembus dengan perlahan lahan serentak dengan perlahannya gerakan untuk kembali ke posisi asal senaman. Masa yang terbaik unruk melakukan latihan pernafasan ialah sesudah selesai solat Subuh.
Seorang tukang urut Melayu telah menyatakan, bahawa gerakan senaman bagi menjaga kesehatan badan tidak semestinya di sertai secara selaras oleh nafas. Walaupun begitu, nafas yang serentak dengan gerakan boleh di lakukan dan tidak memudaratkan asalkan saja nafas di tarik dengan perlahan dan di hembus dengan perlahan sekali.
Nafas itu sendiri tidak berbahaya, tetapi jika di lakukan kaedah bernafas dengan pantas. "ia boleh merosakkan injap jantung dan salur nadi". Gerakan senaman yang beliau ajarkan juga tidak perlu di sertai oleh tertib pernafasan. Ada juga lain lain jenis gerakan Senaman Tenaga Batin yang tidak mengamalkan tertib pernafasan.
Walau bagaimanapun, adalah baik jika gerakan senaman di sertai oleh praktik pernafasan. Ini kerana banyak gerakan senaman bangsa lain di sertai oleh tertib bernafas. Ini adalah untuk memberikan kesan yang lebih baik terhadap setiap pergerakan senanam, dan bagi membina ketahanan fizik dan juga kerehatan mental.
Nafas berkait rapat dengan ketenangan jiwa. Secara langsung, jiwa yang tenang penting dalam perlakukan jimak. Nafas yang tidak teratur sukar menjayakan sesuatu kerja kerana cepat hilang tenaga.
0 Comments:
Post a Comment