Support my blog by clicking the Ads, TQ

TANGAN YANG MEMBERI LEBIH MULIA DARIPADA TANGAN YANG MENERIMA. SEKECIL MANA SUMBANGAN YANG DI HULURKAN, IA CUKUP BERMAKNA KEPADA SI PENERIMA YANG HIDUP SERBA KEKURANGAN, MALAH ‘BUAH TANGAN’ YANG TIDAK SEBERAPA ITU MAMPU MENERBITKAN SENYUMAN, WALAUPUN CUMA UNTUK SEKETIKA

Search This Blog

SNB : Ilmu Nafas

Saturday, February 6, 2010


Salam & hola,

Permulaan hidup manusia adalah melalui nafas. Apabila manusia lahir, yang pertama sekali memasuki jasad adalah Nafas. Badan seorang bayi akan bertukar menjadi kemerahan selepas sahaja dia menyedut Nafas buat pertama kalinya. Berakhirnya hidup di sedari denga nberhentinya Nafas. Sepanjang hidup manusia, akan terus menerus bernafas, samada dalam sedar atau tanpa sedar. Samada nafasnya betul atau tidak betul, jarang sekali mahu dikaitkan dengan kesehatan dan penyakit.

Ramai manusia tiada menghiraukan cara bernafas. Fenomena ini mempunyai kesan yang kurang baik pada kehidupan manusia itu sendiri.

Di zaman dahulu, orang orang yang berilmu telah menjaga cara bernafas sama seperti keperluan untuk menjaga bahan yang di makan dan cara makan minum. Ilmu Nafas mempunyai rahsia yang lebih mendalam dan lebih jauh dari semata mata pembakaran oksigen dalam badan dan hembusan karbon dioksida ke udara.

Umumnya, nafas berkaitan dengan keseimbangan suhu badan, dari suhu yang sesuai, maka kepekaan, kekuatan serta ketahanan akan terbina. Cara bernafas yang salah akan memberi akibat yang buruk pada kehidupan.

Nafas yang pendek pendek akan menjadikan kita letih dan mudah hilang tenaga, dan nafas yang panjang panjang itu akan membuatkan kita lebih tenang dan dapat mengawal diri dengan lebih baik.

Jimak adalah satu suasana yang gawat dengan keghairahan. Degupan jantung adalah lebih pantas dari keadaan normal. Pernafasan pada ketika itu, jika tidak dikawal akan menjadi pantas dan singkat. Jika kita bernafas pantas tanpa cara yang betul, maka jantung tidak digunakan dengan maksimal. Nafas yang di sedut secara dangkal akan gagal memberi latihan yang cukup pada jantung bagi menghadapi suasana yang gawat dengan keghairahan itu.

Nafas yang tidak mencukupi akan menjadikan otak lemah, fizik juga akan menjadi lemah. Otak, jantung dan fisik yang lemah akan mudah khayal dalam keghairahan dan tidak bertenaga dalam lakuan berjimak. Maka Ilmu Nafas perlu diketahui. Pelbagai bangsa dan agama telah mengajarkannya. Ilmu ini mungkin tidak secara langsung di kaitkan Ilmu Senggama tetapi di ajarkan secara umum.

Ilmu Nafas dalam Masyarakat Melayu, dapat di kesan dalam bahagian penjagaan badan, Khususnya pada senaman senaman penjagaan badan, yang mungkin boleh di gelar sebagai Yoga Melayu. Senaman yang unik dan khusus ini di panggil Senaman Tenaga Batin kerana ia membina kekuatan tenaga bagi memberi nafkah batin kepada isteri.

Menurut Tajul Muluk, bernafas di kiri hidung di panggil Al Qamar (bulan) sementara nafas dari hidung kanan pula As Syams (matahari). Bagi sesetengah ulama Islam pula, nafas kanan di kaitkan dengan kesejahteraan sedang nafas kiri dikaitkan dengan bahaya. Menurut ullama Islam, sesiapa yang membiasakan nafas As Syams maka dia tidak akan kena penyakit sejuk, maka cuba pindahkan nafas yang kiri ke kanan, nescaya penyakit itu sembuh. Jika terkena penyakit panas, maka pindahkan pula nafas kanan ke kiri.

Menurut Tajul Muluk lagi, ada keadaan di mana kita akan bernafas dari kedua dua lubang hidung. Fenomena ini berlaku bila kita berada di dalam keadaan takut, terkejut, bila menaiki tempat tinggi, bila bersetubuh, bila bertemu dengan seteru, bila di timpa penyakit, ketika ghairah, dan akhir sekali apabila mahu berpusing ke kanan atau ke kiri, kerana pada masa itu kedua dua liang nafas bertemu. Jika berhajat akan segala perkara, jika nafas kiri, kita tidak akan memperoleh hajat itu. JIKA KITA JIMAK DENGAN NAFAS KANAN MAKA KITA AKAN LAMBAT INZAL, jika jadi anak maka anak itu jadi anak lelaki. Jika nafas kiri maka sebaliknya akan terjadi.

Di dalam Tajul Muluk ada mengatakan jika mahu di kasihi isteri, maka pastikan kita meyedari tentang nafas kita dan isteri. Contohnya, jika pada masa itu kita bernafas dengan nafas yang kiri dan isteri bernafas dari lubang hidung yang kanan, maka pertemuan nafas kita dengan nafas isteri. Bila isteri menghembuskan nafasnya, maka sedut nafasnya dengan hidung kita dalam dalam. Lakukan dengan mengulangi sebanyak 12 kali.

Kata hukama’ (tabib) tiada nafas yang di hembus melainkan mendatangkan keuntungan atau kebaikan kepada kita. Menurut hukama’ lagi, setiap hari kita bernafas sebanyak 1024 kali secara hitung panjang.

Kita akan meneliti lagi perkataan hukama’ tentang hembusan nafas yang mendatangkan keuntungan ini pada setiap satu cabang ilmu nafas yang akan di bincangkan selepas posting ini nanti.

Pada kebanyakan ajaran tentang ilmu nafas, jelas kelihatan bahawa hembusan nafas dilakukan dengan kadar yang lebih perlahan dan mempunyai cara tertentu sedangkan sedutan nafas biasanya pendek dan kurang diberikan penekanan. Ada pula kaedah di mana nafas di tahan dengan agak lama.

Ada cara di mana nafas di lepaskan dari mulut sahaja, tetapi di sekat sekat oleh bacaan bacaan tertentu. Ke semuanya ini mempunyai rahsianya yang tersendiri dari segi kesehatan badan dan juga dari segi pembinaan tenaga kehidupan.

Sila Baca posting SNB seterusnya nanti ok.

0 Comments:

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...