Support my blog by clicking the Ads, TQ

TANGAN YANG MEMBERI LEBIH MULIA DARIPADA TANGAN YANG MENERIMA. SEKECIL MANA SUMBANGAN YANG DI HULURKAN, IA CUKUP BERMAKNA KEPADA SI PENERIMA YANG HIDUP SERBA KEKURANGAN, MALAH ‘BUAH TANGAN’ YANG TIDAK SEBERAPA ITU MAMPU MENERBITKAN SENYUMAN, WALAUPUN CUMA UNTUK SEKETIKA

Search This Blog

SNB : Mengenal Ghairah Vagina

Monday, January 18, 2010

Salam & hola,

Kembali kita ke segment SNB. Kali ini kita mengenal bagaimana mengenal ghairah vagina. Vagina yang berada di dalam kegairahan dan bersedia untuk jimak dapat di kenal. Proses perubahan berikut patut di ketahui bagi membolehkan suami menjimak isteri tepat pada masanya. Perlu untuk diketahui bahawa masa yang di ambil oleh vagina untuk ghairah adalah lebih lama, begitu juga masa untuk mengendur semula, berbanding dengan Mr P. Proses perubahan peningkatan ghairah vagina iailah:-

1. Semua pembuluh darah yang membekal darah ke vagina secara keseluruhannya akan mengembang sebagaimana Mr P tegang.


2. Tisu-tisu seperti sepan di sekeliling bibir kecil dan juga bibir besar vagina akan mengembang dan menjadi bengkak.


3. Biji kelentit menjadi tegang dan menampakkan diri dari celah-celah kulupnya (kelentit yang menutupinya).


4. Bibir vagina (bibir luar) akan membesar.


5. Dinding-dinding vagina sebelah dalam mengeluarkan mazi, iaitu sejenis cecair yang sangat licin dan tidak berwarna. Ia bertujuan untuk melicinkan vagina bagi memudahkan jimak.


6. Pukas mengembang, ia membentuk ruang di hadapan vagina dan memanjangkan saluran vagina serta menyediakannya untuk menerima Mr P. Ia juga menjadikan biji kelentit dan bibir kecil vagina lebih terkeluar dan lebih senang menyentuh Mr P.


7. Saluran vagina berubah menjadi selinder yang berlubang dan terbuka untuk menerima Mr P. Saluran ini pada masa tidak ghairah berkeadaan leper di mana langitnya menyentuhi buminya.


8. Berkemungkinan pada peringkat ini, satu jenis cecair yang di panggil Nisa’u Ibtida’u Rahim akan keluar dari vagina. Ia adalah cecair yang agak pekat berwarna putih dan berupa seperti telur setengah masak.

Tanda-tanda keghairahan vagina ini akan diikuti oleh badan isteri yang bergerak-gerak. Vagina akan bergerak-gerak dan mengemut. Nafas isteri akan semakin kencang. Daya sedar isteri akan berkurang dan matanya tertutup dan mungkin dia akan mengerang keseronokan. Ini adalah tanda bahawa masa untuk menjimak isteri telah sampai, lantas jalankan kaedah menjimak pula.

0 Comments:

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...