Support my blog by clicking the Ads, TQ

TANGAN YANG MEMBERI LEBIH MULIA DARIPADA TANGAN YANG MENERIMA. SEKECIL MANA SUMBANGAN YANG DI HULURKAN, IA CUKUP BERMAKNA KEPADA SI PENERIMA YANG HIDUP SERBA KEKURANGAN, MALAH ‘BUAH TANGAN’ YANG TIDAK SEBERAPA ITU MAMPU MENERBITKAN SENYUMAN, WALAUPUN CUMA UNTUK SEKETIKA

Search This Blog

SNB: Ilmu Kemutan Vagina

Monday, November 2, 2009

Hola,

entry kali ini lebih sesuai untuk isteri atau bakal isteri. Untuk suami bolehlah mengajarkan ilmu ini pada isterinya demi untuk kebahagian rumah tangga.


ILMU KEMUTAN VAGINA


Kemutan vagina yang berkesan akan memberikan kenikmatan yang tiada terhingga semasa melakukan hubungan kelamin. Nikmatnya di rasa oleh suami juga isteri. Mungkin semua wanita tahu apa itu kemutan vagina dan boleh mengemut, tapi kemutan yang tiada terlatih mengikut cara yang betul tidak bertenaga dan kurang memberikan kenikmatan surga dunia.


Di benua Afrika, terdapat satu kaum di mana para wanita yang telah berkahwin melatih anak dara mereka yang bakal menjadi pengantin akan cara cara mengemut. Ia satu ilmu yang mempertingkatkan daya kemutan otot otot vagina agar boleh di kecutkan dan mencerut batang dan kepala Mr P suami dan menolong agar suami lebih lambat memancutkan mani dan membuatkan para suami lebih sayang kepada isteri kerana isteri pandai dalam memuaskan suami menerusi cara kemutan.


Latihan mengemut vagina ini dilakukan secara sedar, iaitu dengan berlatih 20 kali kemutan setiap hari, selama sebulan penuh.


1. Latihan Kemutan Luar


Ia adalah kemutan otot yang di panggil Bulbo Cavernosus. Otot ini terletak di kiri serta kanan liang vagina. Bila ia menguncup, maka lubang vagina akan terpicit dan hampir menutupnya.


Otot ini berfungsi sama seperti bibir apabila hendak bersiul. Bulvo Cavernosus adalah otot pertama yang hendak di hidupkan menerusi latihan ini. Ia juga di panggil Otot Pengemut Vagina. Latihan ini juga akan menghidupkan otot kedua iaitu Otot Pengemut Saluran Kencing.


Cara yang perlu di lakukan ialah, coba tumpukan perhatian seolah olah mahu menahan kencing, iaitu dengan menarik otot punggung ke dalam. Latihan ini di ulang 20 kali sekurang kurangnya dengan sedaya upaya dan penuh konsentrasi serta menahan kemutan itu 7 saat pada setiap kali di lakukan.


2. Latihan Kemutan Dalam


Latihan ini melibatkan 3 otot utama iaitu otot Pubococcygeus, Olliococcygeus dan Puborectalis. Ia bermula dari dubur ke kawasan ari ari dan mengelilingi kawasan dalam vagina. Bila otot ini mencerut, ia menarik sama dinding dinding vagina dan memicit Mr P. Kumpulan otot ini adalah kuat dan dapat memberikan keseronokan jika digunakan dengan betul.


Caranya ialah, lakukanlah seolah olah mahu menahan dan mahu memasukkan semula tahi ke dalam dubur. Ulangi 20 kali dan buatlah setiap hari selama beberapa minggu.


Suami di galakkan mengajarkan ilmu ini kepada isteri kerana faedahnya besar untuk kebahagian rumah tangga. Bincangkan perkara ini kepada isteri agar dia mengetahui dan mempraktikkannya.

0 Comments:

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...