Support my blog by clicking the Ads, TQ

TANGAN YANG MEMBERI LEBIH MULIA DARIPADA TANGAN YANG MENERIMA. SEKECIL MANA SUMBANGAN YANG DI HULURKAN, IA CUKUP BERMAKNA KEPADA SI PENERIMA YANG HIDUP SERBA KEKURANGAN, MALAH ‘BUAH TANGAN’ YANG TIDAK SEBERAPA ITU MAMPU MENERBITKAN SENYUMAN, WALAUPUN CUMA UNTUK SEKETIKA

Search This Blog

Khasiat Sup Ketam VS Demam Denggi

Monday, August 17, 2009


Salam & hola,

Mana tahu mujarab sekiranya mempunyai masaalah yang serupa, insyallah.

Tahun 2002, bacaan platlet darah anak sulong aku dah jatuh ke 19 dan dari wad biasa di pindah masukkan ke ICU SJMC (tempat arwah anak sarjen meninggal dua minggu sebelumnya), air hundred plus dah semua jenis aku beli tapi satu sudu teh pun susah dia nak minum, kerana asal minum muntah, kekadang muntah angin jer. Darah dah 5 pek buat transaction (terima kasih lepada penderma dari staff proton) so aku macam dah putus harap gak masa tu jadi teringatlah makanan kesukaan dia yaitu ketam, isteri aku buatkanlah sup ketam. Bagi dia minum sesudu habis tetiba selepas 2~3 minit dia minta lagi. Aku hairan sebelum ni bagi apa pun tak mau masuk, tak perlah paling tidak aku rasa legalah tengok dia nak minum. Sikit2 minum akhirnya suku mangkuk habis.

Malam tu check darah lagi tapi kena tunggu esok lah pulak keputusannya. Dgn penuh sabar aku tunggu pukul 7.30am esoknya... peh platlet sudah naik
21, punya lah seronok. Jam 8.00amdoctor datang dia pun terkejut dan tanya aku apa dah aku bagi, so hari tu pun aku bagi lagi sup ketam... esok dah transfer ke wad biasa. Alhamdul llah lusa pun discharge.

Anak yg ketiga pulak masuk wad biasa selepas 3 hari kakak dia keluar, teringatkan sup ketam bagi lah dia minum, tup tup lusa discharge.

Tahun 2003, adik perempuan aku dan suaminya masuk hospital klang pasal denggi jugak lantas aku suruh mak mertua dia buat sup ketam, dua hari lepas tu keluar wad, dan pada masa dia dlm wad tu anak sulong dia pun ada demam, nenek dia bagilah makan maka tak jadi masuk wad pasal demam dah berkurangan.

Jadi dah banyak jugaklah kesahihan sup ketam ni dapat memulihkan pesakit denggi ni, jadi aku dah war war kankat sedara mara dan rakan sekerja proton.

Selamat mencuba, walau apa pun kalau Allah izinkan apa penyakit pun bolih sembuh, kita hanya mencuba jer.

************************************************************************

Memang betul....... sebabnya......

Bulan lepas kawan sepejabatku, baru kematian seorang anak lelaki disebabkan demam denggi. 3 orang anak beliau telah dimasukkan ke wad AmpangPuteriSpecialistHospitalkerana demam denggi. Dua orang dimasukkan ke ICU dan seorang lagi di rawat di wad biasa. Salah seorang anak beliau yang dimasukkan ke dalam ICU telah kembali ke rahmatullah dan seorang lagi yang berada di ICU bertambah critical. Platelet jatuh dengan mendadak dari 30 ke 20. Bermacam2 telah diusahakan termasuklah memberi minuman jus kurma.

Ketika saya melawat si kecil ini (perempuan berumur 10 tahun), mukanya pucat, tak lalu makan dan bibir kering & mengelupas. Hari ketiga, platelet jatuh dari 20 ke 11 dan keadaan bertambah critical. Di pagi hari ketiga, salah seorang kawan sepejabat (Chinese) memberi petua ni dan terus menalipon kawan saya di hospital. Hari yang sama beliau telah memberi sup ketam (tak banyak, seekor je) kat anak beliau dan alhamdullillah...... dengan izin Allah di hari yang sama, petang itu juga si kecil ni telah keluar dari ICU dan di rawat di wad biasa dan keesokkan hari dah keluar dari wad. Alhamdullillah.

Percaya ke tak percaya..... itulah hakikatnya. Kita mencuba dan Allah yang menentukan. Terima kasih.


Sumber dari email

0 Comments:

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...