Support my blog by clicking the Ads, TQ

TANGAN YANG MEMBERI LEBIH MULIA DARIPADA TANGAN YANG MENERIMA. SEKECIL MANA SUMBANGAN YANG DI HULURKAN, IA CUKUP BERMAKNA KEPADA SI PENERIMA YANG HIDUP SERBA KEKURANGAN, MALAH ‘BUAH TANGAN’ YANG TIDAK SEBERAPA ITU MAMPU MENERBITKAN SENYUMAN, WALAUPUN CUMA UNTUK SEKETIKA

Search This Blog

Loading...

SNB: Urat Jarum & Sekitarnya

Tuesday, October 27, 2009

Rajah Urat jarum dan sekitarnya

-->
Salam & hola,
Untuk 18 tahun ke atas saja ya,
Menurut pengetahuan tradisional orang Melayu mengenai vagina (faraj), Urat jarum itu sama saja dengan kejadiannya zakar lelaki, Cuma yang berbeza adalah jika ditakdirkan janin itu jantinanya lelaki, maka bermula janin dari umur 3 bulan, urat jarum bagi janin lelaki akan terus membesar menjadi zakar, sedangkan jika janin itu perempuan, urat jarum akan tetap kecil.
Bibir kemaluan kiri dan kanan akan menjadi kantung zakar jika janin itu lelaki dan akan menjadi Bibir Luar jika janin itu perempuan.
Hujung dari urat jarum itu terletaknya biji kelentit dan ia adalah serupa kejadiannya dengan kepala zakar.
Buah zakar pula adalah indung telur yang turun dari dalam perut janin lelaki melalui Lubang Buah Zakar.
Kawasan seperti berjahit di tengah kantung buah zakar itu adalah tempat menjadi lubang vagina bagi perempuan.
Urat jarum adalah bahagian luar vagina yang di istilahkan sebagai Nafsu Luar dan ia adalah yang paling penting dari nafsu luar. Urat jarum ini bisa menegang seperti batang zakar yang membesar apabila isteri lagi sedang terangsang (ghairah).
Urat itulah yang keras bila ghairah dan membolehkan biji kelentit yang berada dihujungnya itu bersentuhan dan bergeselan berulang ulang kali dengan pangkal zakar dan batang zakar apabila jima’ berlaku.
Nafsu urat jarum boleh di bangkitkan dengan samada menyentuhnya dengan sangat perlahan atau menggosok dengan perlahan ke bawah dan ke atas atau di pegang dengan jari telunjuk dan ibu jari, atau di cubit perlahan lahan atau di sentuh atau di tekan dengan kepala zakar.
Perlu diketahui juga bahawasanya menggentel urat jarum boleh membuatkan isteri inzal... walaupun tanpa jima’.
Bibir Luar vagina adalah penutup lubang vagina. Ianya berfungsi seperti bibir mulut. Di Bibir Luar ini terdapat bulu ari ari dan hukumnya sunat kalau di cukur paling kurang setiap 40 hari. Jika tidak di cukur, maka bulu itu mungkin menutup urat jarum dan boleh menyebabkan kesakitan ketika jima’ . Bulu yang panjang (tidak di cukur) itu bisa melukakan lubang vagina yang lembut dan sensitif kulitnya itu.
Di Bibir Luar adalah tempat bagi suami menekan dan menggosok kepala zakar sebelum jima’ untuk melambatkan pancutan mani suami dan dalam masa yang sama mengetuk pintu rahim agar lebih kembang bagi menerima kemasukkan zakar.
Bibir Dalam pula, terutama di bahagian bawahnya, adalah bahagian yang paling di sukai perempuan bila di sentuh kerana kelazatannya lembut. Cara menyentuh dan membelainya ialah dari bahagian dalam, kerana bahagian ini berupaya untuk mengeluarkan mazi yang melicinkan rangsangan.
Bibir Dalam adalah salah satu komponen penting dari Nafsu Luar. Rangsangan yang kuat padanya berlaku apabila suami menjima’ dari Makam Kanan atau Makam Kiri (antara Makan Lima).
Di lain entry saya akan menceritakan apa itu Makam Lima supaya anda lebih faham.

1 Comment:

Mohd Hariz Othman said...

font dan background colour hampir sama. susah nak bace

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...