Support my blog by clicking the Ads, TQ

TANGAN YANG MEMBERI LEBIH MULIA DARIPADA TANGAN YANG MENERIMA. SEKECIL MANA SUMBANGAN YANG DI HULURKAN, IA CUKUP BERMAKNA KEPADA SI PENERIMA YANG HIDUP SERBA KEKURANGAN, MALAH ‘BUAH TANGAN’ YANG TIDAK SEBERAPA ITU MAMPU MENERBITKAN SENYUMAN, WALAUPUN CUMA UNTUK SEKETIKA

Search This Blog

Alhamdulillah Aku sudah memiliki rumah sendiri

Monday, July 11, 2011





As Salam,
Alhamdulillah setelah memohon selama 15 tahun di Jabatan Kemajuan Perumahan, akhirnya aku berjaya mendapatkan rumah Rancangan Perumahan Negara. Walaupun jenis rumah yang di berikan cuma SEMI DETACHED, namun aku bersyukur sekali.

Sebenarnya bukan aku saja yang dapat rumah, aku adalah satu antara 2000 orang pemohon yang memohon pada tahun 1993 hingga 2003 yang berjaya diperuntukkan  rumah, samada rumah jenis teres atau semi detached. Rumah jenis teres atau semi-detached masing masing mempunyai :-
di bawah ada
a) ruang tamu
b) ruang makan
c) dapur
d) dan kamar mandi + toilet
e) store


di atas ada
a) master bedroom dengan kamar mandi & toilet
b) bedroom no 2
c) bedroom no 3
d) kamar mandi & toilet

perbezaan rumah teres dan semi-D adalah saiznya, semi-D lebih besar sikit daripada rumah teres.
Bagi rakyat Brunei yang tidak memiliki tanah dan sudah berkerja, adalah di bolehkan memohon rumah di dalam Rancangan Perumahan Negara. Harga rumah tergantung pada jenis rumah dan sabsidi kerajaaan kebawah duli.


Harga rumah semi detached yang menjadi rumah milikku itu berharga B$62,000 setelah sabsidi kerajaan dan aku harus membayarnya TANPA interest sebanyak B$345 sebulan selama 15 tahun.

Sebenarnya pada isnin tanggal 27hb Jun 2011 aku menerima surat, menyatakan aku dapat rumah semi detached, dan tanggal 05hb July 2011 aku menghadiri taklimat & mencabut undi. Tanggal 09hb July 2011 baru aku bisa mengambil kunci rumahku, dan baru tadi sore (tanggal 11hb July 2011) baru aku masuk ke rumahku.


Aku bersyukur kepada Allah kerana memberiku rumah ini juga berterima kasih kepada kerajaan ke bawah Duli Yang Maha Mulia yang di pertuan Negara Brunei Darussalam yang peduli kepada rakyatnya, semoga kekal qarar di atas singgahsana, Sentiasa di bawah lindungan Allah..di lanjutkan usia..Berbahagia di dunia dan di akhirat..

Daulat Kebawah Duli Tuan Patik. 
 Selamat Puju Usia 65 Tahun pada 15hb July 2011
Kami sayang Sultan Kami.

6 Comments:

Anonymous said...

wah .. cantik rumah tu... harga rumah di Malysia terutamya di KL sgt tinggi.. kalo semi-detach mcm tu sure lebih RM400,000

Indah Cuma Seketika.... said...

terima kasih.... harga sebenarnya lebih B$100,000.00 plus(more than RM200,000.00, oleh kerna sabsidi kerajaan, harganya cuma B$62,000.00. maksimal menbayar rumah itu 25 tahun tanpa interest, aku mau membayarnya selama 15 tahun saja.

kawasan rumah ini boleh di bilang d kawasan bandar, dan nilai harga tanah di kawasan ini memang mahal, alhamdulillah kami cuma membayar harga rumah dan tanah free.

Ian Bakar said...
This comment has been removed by the author.
Indah Cuma Seketika.... said...

thank you bro...

tidak dikehendaki said...

cantik rumah abang. hihi... xp

Indah Cuma Seketika.... said...

terima kasih... bagi Azam... Alhamdulillah kerana di anugerahkan rumah...kerana tak mampu nak beli sendiri...

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...